Tuesday, 15 April 2014

InfoSemasa:Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di Fb !!

By: Unknown On: 16:41
  • Share The Gag
  • InfoSemasa:Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di Fb !!


    Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

    Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

    Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.

    InfoSemasa:Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat !!

    By: Unknown On: 14:37
  • Share The Gag
  • InfoSemasa:Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat !!

    Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.



    Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

    Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

    Assalamualaikum

    Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

    Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

    Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

    Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

    Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

    Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

    Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

    Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

    Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
    saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

    Wassalam.

    ~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

    Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said.