Saturday, 15 March 2014

(InfoSemasa)Punca-Punca 6 individu maut di konsert Future Music

By: Unknown On: 22:45
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Punca-Punca 6 individu maut di konsert Future Music:

    Konsert Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi berakhir dengan tragedi kematian enam individu termasuk tiga wanita manakala tiga lagi dalam keadaan kritikal.

    Kejadian tidak diduga ini dipercayai berlaku disebabkan pengambilan dadah jenis methamphetamine secara berlebihan sebelum mereka sesak nafas dan pengsan semasa menghadiri konsert Future Music Festival Asia yang julung kali diadakan di Malaysia

    Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari terakhir konsert itu dijadualkan berlangsung pada malam ini namun terpaksa dibatalkan. Ianya dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.

    Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

    Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

    Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

    (InfoSemasa)Kediaman Raja Bomoh VIP

    By: Unknown On: 19:33
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Kediaman Raja Bomoh VIP:

    Blog ohmedia telah menerima email berbentuk gambar-gambar kediaman Raja Bomoh VIP, Ibrahim Mat Zin dari seseorang yang enggan dikenali. Berikut ialah bunyi email individu tersebut.
    "Salam.. Oh! Media, sy nak share gambar rumah tok bomoh KLIA…eh, pagar rumah sebenarnya…sebelum tu, sy minta pihak oh!media merahsiakan email sy…atas 2 sbb.. 1) Sy tak nak publisiti murahan :P….dan 2) sy takot ada pulak nnt diganggu makluk2 x nmpak plak mlm2…hahha… Rumah ni terletak kat Kg Bermin Tapah Perak..dinamakan ‘Istana Sri Gemilang (V.I.P)’Dipercayai ni rumah isteri no. 4 tok bomoh…no.1,2 &3 sy tak tau…"
    Di bawah ini pula ialah empat keping gambar sekitar rumah kediaman Raja Bomoh sedunia. Memang mewah dan bukan sembarangan.





    (InfoSemasa)Sidang Media Tergempar PM Najib 15 Mac 2014

    By: Unknown On: 15:00
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Sidang Media Tergempar PM Najib 15 Mac 2014:

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja tamat mengadakan sidang media tergempar kira-kira jam 2.33 petang tadi.

    Bagi sesiapa yang tidak sempat mengikuti siaran langsung sidang media itu, di sini penulis sediakan ringkasan isi kandungan ucapan beliau sebentar tadi.

    • Pesawat MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back) ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.
    • Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8.11 pagi 8 Mac 2014 waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi di Beijing.
    • Usaha mencari pesawat MH370 di laut China Selatan dihentikan serta-merta.
    • Pengangkutan darat, laut, udara, radar primer, radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370.
    • Transponder disahkan telah dimatikan secara sistematik oleh seseorang apabila pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.
    • Malaysia masih mengkaji sebab sebenar pesawat MH370 tiba-tiba bertukar arah
    • Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar pesawat MH370 setakat ini.
    • Komunikasi pesawat dimatikan sebaik memasuki ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
    • Tumpuan pencarian pesawat MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

    (InfoSemasa)Satu Malaysia Hendak Tampar Dia, Kata Khairy

    By: Unknown On: 13:23
  • Share The Gag



  • (InfoSemasa)Satu Malaysia Hendak Tampar Dia, Kata Khairy:

    Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar menyifatkan seluruh rakyat di Malaysia sekarang mahu menampar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin kerana memalukan Malaysia.

    "Dia seorang hendak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia hendak tampar dia sebab memalukan Malaysia," kata Khairy sambil ketawa.

    "Perbuatan dia syirik, khurafat. Jadi saya tidak mahu layan," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.


    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang, lapor portal berita itu.

    Khairy berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bomoh itu yang memberikan amaran akan menampar Khairy kerana meminta beliau ditangkap oleh pihak berkuasa selepas membuat dua ritual di Lapangan terbang KLIA untuk mencari kapal terbang MH370 yang hilang.

    "Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.

    “Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan," kata Ibrahim dalam satu klip video YouTube disiarkan blog www.suara.tv.

    "Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," kata Ibrahim.

    Sebelum Khairy memberi jawapannya hari ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainol Abidin berkata, Malaysia memerlukan menteri seperti Khairy dan Malaysia tidak memerlukan tahyul bomoh.

    Beliau berkata demikian melalui Twitternya merujuk kepada berita bomoh yang menyematkan logo 1Malaysia pada bajunya itu yang mahu menampar Khairy.

    Seorang penganalisis politik Malaysia, Wan Saiful Wan Jan dalam Twitternya juga melahirkan rasa tidak senang dengan kegiatan bomoh itu.

    "Seorang perwakilan Arab bertanya "Awak menghalang Kristian menggunakan Allah, tetapi awak melihat Allah digunakan untuk sihir? Apa masalah dengan awak ini orang Malaysia?" tulis Wan Saiful, Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, sebuah badan pengkaji politik di negara ini.

    (InfoHiburan)Punca Raja Ema Nyaris Ditembak Shah Alam

    By: Unknown On: 13:07
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Punca Raja Ema Nyaris Ditembak Shah Alam:

    Pelakon dan penyanyi terkenal Raja Ema berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba mengacukan pistol sebanyak dua kali kepadanya ketika sedang memandu di sekitar bandar Shah Alam.


    Kejadian menakutkan itu dikongsikan Raja Ema menerusi akaun Instagram miliknya dan mengakui masih terkejut sehingga kini. Bagaimanapun, Raja Emma mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku akibat ancaman tersebut.

    “Tak ada apa-apa kejadian tidak diingini. Lelaki itu hon dan pintas kereta sambil acu pistol. Di kawasan lampu isyarat ketika lampu merah dia acu lagi. Sudahlah anak-anak ada dalam kereta.”

    Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Raja Ema Raja Ibrahim, 46, memandu keretanya bersama Putera Ammar dan Putera Alkashah kira-kira jam 2.30 petang di pusat bandar itu selepas selesai berurusan di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

    Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memandu kereta Kenari secara bersendirian menghampiri keretanya dan membunyikan hon dipercayai tidak berpuas hati dengan pemanduan Raja Ema yang perlahan.

    Bagaimanapun, penyanyi lagu Jejaka Idaman itu tidak mempedulikan bunyi hon itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

    Akibatnya, kereta itu memintas keretanya sebelum lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah aktres terbabit.

    Raja Ema mengabaikan ancaman itu dan memandu keretanya sehingga ke lampu isyarat sebelum lelaki terbabit sekali lagi mengacukan pistol ke arahnya.

    Raja Ema yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu meneruskan pemanduan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatannya dan keluarga.

    Sementara itu, jurucakap Polis daerah Shah Alam ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan menerima laporan itu.

    (InfoHiburan)Nadira, Kekasih Fariq Abdul Hamid co-pilot MH370

    By: Unknown On: 12:19
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Nadira, Kekasih Fariq Abdul Hamid co-pilot MH370:

    Berita kehilangan pesawat MH370 memberi tamparan hebat kepada teman wanita pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, 27, dikenali Nadira Ramli, 26.


    Nadira yang merupakan juruterbang pesawat AirAsia telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri dalam menghadapi situasi kehilangan pesawat MH370 yang mana kekasihnya turut sama terlibat. Nadira merupakan anak bongsu kepada Ramli Ibrahim, salah seorang juruterbang kanan MAS.


    Nadira dan Fariq dilaporkan telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun ia mungkin tertangguh seketika sementara menunggu kepulangan semula pembantu juruterbang itu.


    Sebagai informasi, Fariq ialah anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud. Berikut ialah dua lagi keping gambar Nadira Ramli, kekasih hati Fariq Abdul Hamid yang cantik dan amat jelita.

    Friday, 14 March 2014

    (InfoHiburan)Hanez Suraya Melenting Ditegur Peminat !!

    By: Unknown On: 17:43
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Hanez Suraya Melenting Ditegur Peminat !!

    Menganggap kontroversinya merampas suami orang sudah reda ekoran tumpuan orang ramai terarah kepada misteri kehilangan pesawat MH370, maka Hanez Suraya telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram pada petang semalam.

    Gambar yang dimuatnaik itu mengandungi secebis ayat penuh makna berbunyi"bercakaplah kebenaran walaupon kamu nampak kehancuran dihadapanmu kerana akan ada pertolongan Allah yang besar nanti.."


    Bagaimanapun, ianya mendapat komen-komen negatif dari kebanyakkan pengikutnya sehingga ada yang menyarankan Hanez meninggalkan kekasihnya, Romie.



    Gesaan mereka itu tidak disenangi Hanez sehingga memaksa pelakon drama Autumn Di Hatiku itu membalas komen mereka dengan kata-kata yang agak pedas.



    (InfoSemasa)Amerika Percaya Dua Sistem Komunikasi Sengaja Ditutup Berasingan

    By: Unknown On: 15:31
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Amerika Percaya Dua Sistem Komunikasi Sengaja Ditutup Berasingan:

    Amerika Syarikat (AS) percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News, hari ini.

    Menurut laporan itu, dua pegawai AS berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar.

    “Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.

    Transponder itu adalah peralatan yang menyampaikan lokasi dan altitud.

    Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.

    Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.

    Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur.

    (InfoSemasa)Raja Bomoh Ugut Saman Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam !!

    By: Unknown On: 15:02
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Raja Bomoh Ugut Saman Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam !!

    Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

    Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

    “Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.


    “Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

    Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

    Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

    Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

    Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

    "Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.

    Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

    Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

    Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak.

    (InfoSemasa)MH370 Hantar Isyarat ‘ping’ di Kawasan Perairan

    By: Unknown On: 13:45
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)MH370 Hantar Isyarat ‘ping’ di Kawasan Perairan:

    Pesawat MH370 menghantar beberapa siri isyarat "ping" atau nadi elektronik, dengan kali terakhir dihantar di satu lokasi di atas air, lapor Wall Street Journal (WSJ).

    Misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan kini diperluas ke kawasan Lautan Hindi.

    Memetik beberapa sumber dalaman ketenteraan Ammerika Syarikat, dan industri angkasa lepas, WSJ melaporkan satelit turut menerima isyarat kelajuan dan altitud pesawat berkenaan melalui lima hingga enam "ping" sebelum isyarat berkenaan hilang.

    Pakar percaya ia akan membantu mereka mengesan lokasi dan laluan pesawat berkenaan.

    WSJ bagaimanapun berkata, pegawai yang terlibat dalam siasatan enggan mendedahkan lebih lanjut laluan pesawat berkenaan ketika isyarat itu dihantar.

    Berdasarkan laporan itu, seorang pegawai dalam industri tidak menolak kemungkinan sistem berkenaan ditutup oleh seseorang dari dalam pesawat sendiri.

    (InfoHiburan)Zatul Mentor Kecewa,Terkejut Mohd Bebas Tuduhan Merogol

    By: Unknown On: 11:49
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Zatul Mentor Kecewa,Terkejut Mohd Bebas Tuduhan Merogol:

    Bekas peserta program Mentor musim keenam, Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25, mengakui terkejut dan kecewa kerana Mohd dibebaskan dari sebarang tuduhan merogol.

    Bagaimanapun, Zatul menerusi mStar enggan mahu memberikan ulasan panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan pihak polis berpihak kepada bekas teman lelakinya, Mohd Izwan Mohd Nor, 28.


    "Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini. Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya."

    "Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian."

    "Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah."

    Untuk pengetahuan, sebuah akhbar tahun lepas melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

    Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan didakwa dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang.

    Thursday, 13 March 2014

    (InfoHiburan)Nora Danish Sambut Hari Lahir Bersebelahan Kelab Malam !!

    By: Unknown On: 21:13
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Nora Danish Sambut Hari Lahir Bersebelahan Kelab Malam:

    Pelakon Nora Danish menjadi bualan peminat di laman sosial semalam selepas episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan didakwa mengadakan sambutan hari jadinya di sebuah kelab malam di Petaling Jaya, awal pagi Sabtu lalu.

    Sejak itu, tumpuan terarah kepada Nora Danish memandangkan beliau baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-32 beberapa hari lepas.


    Menerusi rakaman video yang disiarkan portal MIG Online hari ini, Nora mengakui majlis sambutan hari lahirnya berlangsung di sebuah restoran yang bersebelahan dengan kelab malam haram berkenaan.

    "“Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak. Bukankah itu kerja pihak berwajib. 

    “Jadi, bukan saya yang melakukan kesalahan, tetapi pemilik premis berkenaan."

    Dalam pada itu, Nora turut melahirkan kekesalan dengan laporan sebuah program televisyen iaitu program 999 baru-baru ini yang memaparkan sedutan serbuan itu seolah-olah beliau yang bersalah.

    (InfoHiburan)Respon Nur Fathia isu dimaki hamun Nabila Huda

    By: Unknown On: 20:26
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Respon Nur Fathia isu dimaki hamun Nabila Huda:

    Dua minggu lalu, pelakon seksi Nabila Huda telah memuatnaik status di Instagram yang seolah-olah memaki hamun Nur Fathia berhubung isu bergaduh dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab ketika penggambaran di London.

    Status itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikut Nabila di Instagram kerana mereka takut tindakan Nabila itu mungkin akan mencetuskan permusuhan sesama mereka.


    Nur Fathia yang ditemubual Utusan semalam memberitahu tidak langsung mengambil hati dengan maki hamun tersebut. Beliau cuma agak terkejut kerana selama mereka berada di London, Nabila tidak pernah menegurnya jika datang lewat.

    "Agak sedikit terkejut dengan kenyataannya, kerana sepanjang berada di sana, dia tidak pernah pun menegur sewaktu saya datang lewat. Dia ceria sahaja, alih-alih dia keluarkan kenyataan begitu. Tak apalah itu haknya dan mungkin dia ada sebab berbuat demikian."

    Ditanya tentang kesediaannya bekerjasama dengan anak Amy Search itu pada masa akan datang, Fathia menegaskan dia tiada masalah. Katanya, dunia hiburan tanah air kecil dan mereka tetap akan bertemu sesama sendiri.

    "Biasa sahaja, saya tidak ada masalah dengan dia. Selepas ini kalau kami kena berlakon bersama, saya tidak kisah. Lagipun bidang seni kita bukanlah besar mana, pi balik pi balik, kita akan bertemu orang yang sama."

    "Pada saya, setiap orang ada pandangan sendiri dan saya juga ada pendapat sendiri. Cuma saya sahaja yang malas untuk menguar-uarkannya."

    (InfoHiburan)Fatin Sakinah nafi hina isu MH370

    By: Unknown On: 19:54
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Fatin Sakinah nafi hina isu MH370:

    Beberapa hari lalu pemilik akaun Twitter @FatinSakinah dikritik hebat kerana memuatnaik status berserta gambar yang seolah-olah menghina pesawat MH370.

    Dalam status itu, Fakin mendakwa merasa rimas menonton rancangan televisyen kerana dipenuhi dengan berita tentang misteri kehilangan pesawat MH370. Kemudian, ianya tersebar secara meluas di Facebook, Twitter, Instagram dan laman blog.


    Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Fatin atau nama sebenarnya Nurfatin Sakinah Mohd Salleh, 18 segera tampil kepada media untuk menjelaskan perkara sebenar.

    Katanya, kenyataan status Twitter tersebut bukan miliknya tetapi telah disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sengaja mencari publisiti murahan.

    "Kenyataan di dalam status akaun Twitter itu bukan milik saya sebaliknya disalah guna oleh pihak tertentu dengan meletakkan gambar saya di dalam profil akaun berkenaan.”

    Menurut Nurfatin, dia mula dimaklumkan tentang berita penyebaran itu oleh adik perempuannya kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

    (InfoHiburan)Mohd (Mentor) Bebas Tuduhan Rogol

    By: Unknown On: 19:19
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Apakah Punca Sebenar Zatul Dakwa Dirogol Mohd:

    Bekas juara program realiti Mentor musim keempat yang juga protege kepada Ziana Zain, Mohd pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila dia didakwa merogol teman wanitanya, Zatul.

    Bagaimanapun, tuduhan yang dilemparkan itu disahkan tidak benar dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Futher Action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. Kini, Mohd bebas dari tuduhan merogol, lapor Malaysian Digest.

    Sebelum ini, Mohd pernah ditanya tentang punca sebenar dakwaan itu boleh timbul dari mulut Zatul. Beliau memberitahu semuanya disebabkan ajakan Zatul mahu berkahwin dalam masa terdekat meskipun baru sebulan berkenalan.

    "Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan."

    Sementara itu, Mohd memberi notis tempoh 3 bulan kepada Zatul untuk meminta maaf secara terbuka jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.

    "Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri 3 bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat penjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu.

    Saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya."