Tuesday, 15 April 2014

InfoSemasa:Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di Fb !!

By: Unknown On: 16:41
  • Share The Gag
  • InfoSemasa:Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di Fb !!


    Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

    Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

    Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.

    InfoSemasa:Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat !!

    By: Unknown On: 14:37
  • Share The Gag
  • InfoSemasa:Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat !!

    Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.



    Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

    Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

    Assalamualaikum

    Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

    Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

    Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

    Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

    Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

    Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

    Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

    Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

    Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
    saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

    Wassalam.

    ~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

    Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said.

    Monday, 14 April 2014

    InfoSemasa:Fariq buat panggilan sebelum MH370 hilang !!

    By: Unknown On: 20:58
  • Share The Gag


  • InfoSemasa:Fariq buat panggilan sebelum MH370 hilang !!

    Terbaru, satu panggilan telefon telah berjaya dikesan yang datang dari pesawat MH370. Yang menariknya lagi panggilan tersebut datang dari telefon bimbit Fariq Abdul Hamid. Berikut butiran panggilan yang dibuat melalui telefon bimbit Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang) :

    Panggilan dibuat pagi 8 Mac 2014

    Panggilan dibuat ketika kapal terbang MH370 berada pada kedudukan serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang sehingga membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan

    Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

    Apa sebenarnya yang berlaku di kokpit dan di dalam pesawat MH370 pada pagi MH370 sebenarnya? Sekarang ini, dilaporkan setiap maklumat sedang dikumpulkan oleh kalangan pakar-pakar bagi merungkai segala misteri bagi membongkar & merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370 di pengakhirannya?

    InfoSemasa:Penjelasan Fizo diatas tindakannya membela Mawar !!

    By: Unknown On: 20:38
  • Share The Gag

  • InfoSemasa:Penjelasan Fizo diatas tindakannya membela Mawar !!

    Umum mengetahui, tudung jenama Fareeda dikecam orang ramai kerana dikatakan agak seksi dan tidak mengikut syarak Islam. Ekoran itu, Mawar Abdul Karim, 25, menjadi individu yang paling banyak menerima komen negatif termasuk didakwa berlagak sombong.

    Tidak tahan isterinya terus ditohmah tanpa pembelaan, Fizo Omar tampil memberi amaran kepada orang ramai agar berhenti menghina Mawar. Tindakan itu menyebabkan Fizo turut menerima kecaman selain dianggap bersikap berlebih-lebihan

    Bagaimanapun, aktor berusia 29 tahun itu memberitahu tindakannya membela Mawar bukanlah sesuatu yang berlebih-lebihan kerana dia hanya mahu membantu Mawar menjelaskan situasi sebenar. Mari baca penjelasan panjang lebar Fizo di bawah.

    InfoSemasa:Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah Berakhir !!

    By: Unknown On: 19:30
  • Share The Gag



  • InfoSemasa:Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah Berakhir !!

    Sebelum ini, pakar Australia dan Amerika Syarikat telah mengesahkan dan mengatakan, “Nah, inilah isyarat PING yang kita cari selama ini”.

    Malangnya, selepas ini kita mungkin tidak akan menerima lagi isyarat PING daripada kotak hitam seperti yang disahkan sebelum ini. Ini kerana….

    Ini kerana daya jangka hayat bateri kotak hitam MH370 sudah pun melebihi kemampuannya (yang mana sehingga ke hari ini sudah memasuki hari ke-37 sejak berlakunya tragedi kehilangan pesawat MH370.

    Pakar Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales & pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam MH370.

    Senarai Kapal Menerima Isyarat Ping Kotak Hitam MH370?

    -kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield – 2 kali
    -kapal China Haixun 01 – 2 kali isyarat

    Sunday, 13 April 2014

    InfoSemasa:CIA tahu hal sebenar MH370

    By: Unknown On: 22:56
  • Share The Gag


  • InfoSemasa:CIA tahu hal sebenar MH370

    WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

    Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

    “Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

    Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

    “Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

    Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

    “Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

    “Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.-sinarharian

    InfoSemasa:Lelaki bertukar menjadi perempuan cantik !!

    By: Unknown On: 16:43
  • Share The Gag
  • InfoSemasa:Lelaki bertukar menjadi perempuan cantik !!


    Lelaki bertukar menjadi perempuan cantik Selepas suntikan Hormon selama 2 tahun

    Pada zaman sekarang telah popular dengan kaedah suntikan hormon yang dapat mengubah jantina lelaki kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Seorang lelaki ini telah mengambil suntikan hormon dan lihatlah bagaimana rupanya yang asal telah bertukar kepada seorang wanita yang cantik. Apakah pendapat anda? Sesungguhnya mengubah jantina itu adalah dilarang oleh umat Islam dan janganlah sesekali kita mencubanya okay? sekian

    InfoSemasa!Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dengan seorang penganut Kristian

    By: Unknown On: 13:46
  • Share The Gag
  • MESTI TENGOK! 

    InfoSemasa!Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dengan seorang penganut Kristian

    Baru-baru ini UAI telah diajukan soalan oleh seorang pemuda beragama Kristian di dalam facebook miliknya Ustaz Azhar Idrus (Original). Pemuda itu mengajukan soalan mengenai kisah cintanya dengan seorang budak perempuan Islam di sekolahnya. Jom ikuti nasihat UAI di bawah ini :