Showing posts with label InfoHiburan. Show all posts
Showing posts with label InfoHiburan. Show all posts

Friday, 11 April 2014

(InfoHiburan)Mawar Fareeda mohon maaf

By: Unknown On: 16:48
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Mawar Fareeda mohon maaf isu "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri"

    Mawar Fareeda mohon maaf isu "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri" - Semalam, isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dikecam teruk peminat kerana salah satu komen balas yang kedengaran seperti berlagak iaitu berbunyi "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri".

    Komen tersebut dibuat bagi membalas status salah seorang peminat di laman facebook yang sebelumnya telah memberikan cadangan penambahbaikan rekabentuk tudung fareeda agar memenuhi syarat Islam dan dijual pada harga yang murah.

    Untuk itu, pengendali Mawar Fareeda Fanpage telah menyatakan permohonan maaf mereka secara terbuka dan turut memberitahu, fanpage facebook tersebut bukan dikendalikan oleh isteri Fizo Omar tetapi diurus oleh 5 admin lain.

    Thursday, 10 April 2014

    (InfoHiburan)Luahan isteri bila Johan Raja Lawak sujud terlalu lama ketika solat !!

    By: Unknown On: 15:49
  • Share The Gag

  • (InfoHiburan)Luahan isteri bila Johan Raja Lawak sujud terlalu lama ketika solat:

    Luahan isteri bila Johan Raja Lawak sujud terlalu lama ketika solat - Isteri tercinta Johan Raja Lawak, Ozlynn sempat memuatnaik sekeping gambar suaminya sujud terlalu lama ketika solat di laman Instagram miliknya.

    Foto tersebut disertakan dengan caption berbentuk luahan santai Ozlynn untuk aksi Johan membiarkan anaknya bermain nakal dengannya. Jom baca coretan Ozlynn di bawah :- 

    "Xtau nak cakap apa.. tadi elok sembahyang sebelah papa dia.. yang mak dok bukak email check pasal keje.. pastu rasa macam eh lama pulak dua beranak nih solat.. skali tengok ni lah hasil nya.. dapat buat tangkapan.. bukan nak aniaya tapi nak membuktikan gambar ni pada papa dia.. apa kejadian nya.. senyum jek papa dia.. lama sujud ye sayang.. sorry ye.. pasni akan lebih berhati2.." - Ozlynn


    Wednesday, 9 April 2014

    (InfoHiburan)Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar rampas tudung Fareeda tiruan !!

    By: Unknown On: 08:52
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar rampas tudung Fareeda tiruan !!

    Pasangan suami isteri, Mawar dan Fizo Omar sering menjadi perhatian peminat sejak berkahwin pada 10 November tahun lalu kerana kekacakan Fizo dan kecantikan Mawar.

    Hari ini, nama Mawar paling hangat diperkatakan di laman sosial kerana tindakannya merampas tudung-tudung tiruan Fareeda selepas mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

    Di sebalik tindakan Mawar itu, wujud segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana mereka berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut agak mahal dan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.

    Tuesday, 1 April 2014

    (InfoHiburan)Shila Amzah baju blous pendek !!

    By: Unknown On: 15:02
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Shila Amzah baju blous pendek !!

    Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous menarik perhatian ramai peminatnya.

    Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

    Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. 




    Monday, 31 March 2014

    (InfoHiburan)Punca Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram !!

    By: Unknown On: 18:43
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Punca Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram !!

    Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang dilanda kontroversi sejak dulu lagi. Selepas satu persatu kontroversi reda, timbul pula kontroversi lain yang dikaitkan dengan dirinya.

    Itulah realiti hidup yang terpaksa dilalui aktor itu dalam dunia hiburan tempatan terutamanya sejak menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan populariti yang dikecapi Sharnaaz.

    Terbaru, bekas kekasih Shila Amzah itu mengamuk di laman Instagram miliknya kerana muak dengan sikap segelintir peminat yang sesuka hati menjodohkannya dengan orang lain. Katanya, jodoh itu bukan hak manusia untuk menentukan tetapi Allah.


    Apa yang dikatakan Sharnaaz memang ada benarnya. Siapa pula kita untuk memandai-mandai menentukan jodoh seseorang sedangkan perkara tersebut adalah urusan Allah. Kesian pula Sharnaaz sering diusik dan dikecam.

    Thursday, 27 March 2014

    (InfoHiburan)Shila Amzah Menerima Kecaman Hebat Dari Rakyat China

    By: Unknown On: 09:18
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Shila Amzah Menerima Kecaman Hebat Dari Rakyat China:

    Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

    Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

    Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

    Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

    Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.


    Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

    "This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."

    "As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

    "Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you."<=

    Monday, 24 March 2014

    (InfoHiburan)Respon Anzalna Nasir Isu Dilayan Seperti Wanita Jijik !!

    By: Unknown On: 23:23
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Respon Anzalna Nasir Isu Dilayan Seperti Wanita Jijik !!

    Sebuah akhbar tempatan pada Ahad mendakwa Anzalna Nasir dilayan seperti wanita yang jijik dan kotor oleh seorang aktor di lokasi penggambaran drama.

    Dakwaan itu timbul selepas aktor berkenaan dikatakan terasa hati dengan Anzalna.


    Bagaimanapun, pelakon seksi itu yang dihubungi GUA menafikan mempunyai masalah dengan mana-mana aktor sehingga menyebabkan dirinya rasa terhina.

    "Saya akui, saya ada membaca mengenai berita tersebut. Saya enggan ulas lanjut perkara itu kerana lambat laun orang semua akan tahu perkara sebenar."

    "Saya rasakan, di pihak saya sendiri, sejujurnya saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pelakon lelaki. Tidak tahu pula jika ada antara mereka mungkin punyai masalah dengan saya."

    "Saya mengambil serius pekerjaan saya sebagai seorang pelakon. Saya melakukan kerja saya secara profesional. Saya tidak campur urusan peribadi dan kerjaya."

    "Jika boleh dilihat, sebelum ini, saya pernah bekerja dengan ramai aktor, ada yang sudah berkahwin, ada juga yang masih bujang. Tiada masalah timbul," ulas Anzalna nanti."

    "Tiada cerita-cerita kurang enak keluar dan saya jalankan kerja saya dengan bersungguh-sungguh sebelum ini. Saya hormati semua aktor. Saya juga sudah punyai teman lelaki. Saya tidak tahu pula bagaimana cerita ini boleh timbul."

    Ketika ditanya adakah dakwaan yang timbul ini ada kaitan dengan dia dan Izzue Islam yang baru-baru ini bergandingan dalam drama bersiri Aku Isterinya, Anzalna menjelaskan yang dia tiada masalah dengan Izzue dan dia menjalankan kerja yang ditanggungjawabkan secara profesional.

    (InfoHiburan)Punca Anzalna Nasir dilayan seperti wanita jijik dan kotor

    By: Unknown On: 15:07
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Punca Anzalna Nasir dilayan seperti wanita jijik dan kotor:

    Apa pula cerita yang dikaitkan dengan pelakon seksi, Anzalna Nasir? Sumber memberitahu seorang aktor melayan Anzalna seperti wanita jijik dan kotor di lokasi penggambaran sebuah drama.

    Semuanya dikatakan berpunca daripada perang dingin antara mereka ekoran satu peristiwa yang membuat hati aktor tersebut terasa hati dengan Anzalna.

    Baca artikel penuh dari Utusan Malaysia di bawah untuk cerita lanjut berhubung dakwaan layanan kurang mesra aktor berkenaan terhadap Anzalna Nasir.

    Saturday, 22 March 2014

    (InfoHiburan)Chef Wan - Penjelasan isu persenda misi mencari MH370

    By: Unknown On: 11:46
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Chef Wan - Penjelasan  isu persenda misi mencari MH370:

    Hanya beberapa jam lepas, Chef Wan dikecam teruk peminat dan pengikutnya di Instagram kerana memuatnaik gambar berserta caption yang mempersendakan penemuan objek di Perth, Australia.

    Ekoran itu, wartawan Berita Harian dan pemilik portal Murai.com segera menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya itu.

    Menurut Chef Wan, dia memang sengaja memuatnaik kenyataan tersebut kerana mahu melihat reaksi rakyat Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang. 

    "Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth. 

    Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger! 

    My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”. 

    Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction! 

    Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes. 

    Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful. Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula… 

    Let us see their true colors…Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”

    Tindakan chef selebriti tersohor ini ada logiknya juga namun mungkin tidak begitu sesuai dibuat dalam situasi sekarang kerana boleh melukakan hati dan perasaan keluarga mangsa pesawat MH370.

    Friday, 21 March 2014

    (InfoHiburan)Penjelasan foto ‘tayang perut’ Sharifah Sakinah

    By: Unknown On: 22:54
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Penjelasan foto ‘tayang perut’ Sharifah Sakinah:

    Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika melakukan senaman.
    Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah Sakinah.

    Memetik sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram. Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-

    “Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.” 

    Antara foto yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di laman Instagramnya 


    Thursday, 20 March 2014

    (InfoHiburan)Foto Emma Maembong Bercuti Di Thailand !!

    By: Unknown On: 21:09
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Foto Emma Maembong Bercuti Di Thailand !!

    Kekasih Zizan Razak itu sedang bercuti di Thailand ketika ini bersama dengan adik-beradik dan beberapa rakannya yang lain. Emma kelihatan tetap cantik dan menawan walaupun tanpa mengenakan sebarang make-up.

    Tuesday, 18 March 2014

    (InfoHiburan)Tasha Shilla Kini Bertudung Liput !!

    By: Unknown On: 13:43
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Tasha Shilla Kini Bertudung Liput !!

    Bagi peminat yang belum pernah melihat Tasha Shilla bertudung, anda boleh terjah Instagram pelakon seksi itu kerana beberapa keping gambarnya bertudung liput dan berjubah hitam di KL Sentral telah dikongsikan.

    Selain Tasha, majlis tersebut turut disertai oleh beberapa artis tempatan lain Nabil, Fizz Fairuz, Bienda, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi. 

    (InfoHiburan)Adira Patah Tangan Akibat Jatuh Tangga !!

    By: Unknown On: 09:26
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Adira Patah Tangan Akibat Jatuh Tangga !!

    Penyanyi terkenal, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, mengalami kemalangan hingga patah tangan selepas jatuh tangga di sebuah kilang di Pulau Indah, Klang.

    Menurut Adira, kejadian itu berpunca daripada kesilapannya melangkah menaiki tangga kerana terlalu rancak berbual dengan dengan rakan-rakan. Ekoran kecederaan di tangan, beliau segera pergi ke sebuah klinik di sekitar Klang untuk mendapatkan rawatan.

    Bagaimanapun, doktor mengesahkan bekas peserta Akademi Fantasia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk menyempurnakan undangan persembahan di beberapa tempat.



    Sunday, 16 March 2014

    (InfoHiburan)Komen Negatif Gambar Lana Nordin Dan Fauzi Nawawi Di Mekah

    By: Unknown On: 20:34
  • Share The Gag

  • (InfoHiburan)Komen Negatif Gambar Lana Nordin Dan Fauzi Nawawi Di Mekah:

    Keterujaan Lana Nordin menunaikan umrah di Mekah bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawati turut dikongsikannya kepada peminat dengan memuatnaik gambar-gambar menarik di Instagram.

    Lana Nordin juga tidak lupa berkongsi sekeping gambar Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan memberitahu dia ialah teman rapatnya serta meminta orang ramai mendoakan Fariq.

    Bagaimanapun, keterujaan bekas kekasih Johan As'ari itu mungkin sedikit terganggu dengan beberapa komen negatif pengikutnya di akaun Instagram. Mereka dilihat tidak begitu senang dengan keintiman Lana bergambar di sisi Fauzi Nawawi.



    Saturday, 15 March 2014

    (InfoHiburan)Punca Raja Ema Nyaris Ditembak Shah Alam

    By: Unknown On: 13:07
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Punca Raja Ema Nyaris Ditembak Shah Alam:

    Pelakon dan penyanyi terkenal Raja Ema berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba mengacukan pistol sebanyak dua kali kepadanya ketika sedang memandu di sekitar bandar Shah Alam.


    Kejadian menakutkan itu dikongsikan Raja Ema menerusi akaun Instagram miliknya dan mengakui masih terkejut sehingga kini. Bagaimanapun, Raja Emma mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku akibat ancaman tersebut.

    “Tak ada apa-apa kejadian tidak diingini. Lelaki itu hon dan pintas kereta sambil acu pistol. Di kawasan lampu isyarat ketika lampu merah dia acu lagi. Sudahlah anak-anak ada dalam kereta.”

    Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Raja Ema Raja Ibrahim, 46, memandu keretanya bersama Putera Ammar dan Putera Alkashah kira-kira jam 2.30 petang di pusat bandar itu selepas selesai berurusan di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

    Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memandu kereta Kenari secara bersendirian menghampiri keretanya dan membunyikan hon dipercayai tidak berpuas hati dengan pemanduan Raja Ema yang perlahan.

    Bagaimanapun, penyanyi lagu Jejaka Idaman itu tidak mempedulikan bunyi hon itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

    Akibatnya, kereta itu memintas keretanya sebelum lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah aktres terbabit.

    Raja Ema mengabaikan ancaman itu dan memandu keretanya sehingga ke lampu isyarat sebelum lelaki terbabit sekali lagi mengacukan pistol ke arahnya.

    Raja Ema yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu meneruskan pemanduan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan membuat laporan kerana bimbang dengan keselamatannya dan keluarga.

    Sementara itu, jurucakap Polis daerah Shah Alam ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan menerima laporan itu.

    (InfoHiburan)Nadira, Kekasih Fariq Abdul Hamid co-pilot MH370

    By: Unknown On: 12:19
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Nadira, Kekasih Fariq Abdul Hamid co-pilot MH370:

    Berita kehilangan pesawat MH370 memberi tamparan hebat kepada teman wanita pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, 27, dikenali Nadira Ramli, 26.


    Nadira yang merupakan juruterbang pesawat AirAsia telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri dalam menghadapi situasi kehilangan pesawat MH370 yang mana kekasihnya turut sama terlibat. Nadira merupakan anak bongsu kepada Ramli Ibrahim, salah seorang juruterbang kanan MAS.


    Nadira dan Fariq dilaporkan telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun ia mungkin tertangguh seketika sementara menunggu kepulangan semula pembantu juruterbang itu.


    Sebagai informasi, Fariq ialah anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud. Berikut ialah dua lagi keping gambar Nadira Ramli, kekasih hati Fariq Abdul Hamid yang cantik dan amat jelita.

    Friday, 14 March 2014

    (InfoHiburan)Hanez Suraya Melenting Ditegur Peminat !!

    By: Unknown On: 17:43
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Hanez Suraya Melenting Ditegur Peminat !!

    Menganggap kontroversinya merampas suami orang sudah reda ekoran tumpuan orang ramai terarah kepada misteri kehilangan pesawat MH370, maka Hanez Suraya telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram pada petang semalam.

    Gambar yang dimuatnaik itu mengandungi secebis ayat penuh makna berbunyi"bercakaplah kebenaran walaupon kamu nampak kehancuran dihadapanmu kerana akan ada pertolongan Allah yang besar nanti.."


    Bagaimanapun, ianya mendapat komen-komen negatif dari kebanyakkan pengikutnya sehingga ada yang menyarankan Hanez meninggalkan kekasihnya, Romie.



    Gesaan mereka itu tidak disenangi Hanez sehingga memaksa pelakon drama Autumn Di Hatiku itu membalas komen mereka dengan kata-kata yang agak pedas.



    (InfoHiburan)Zatul Mentor Kecewa,Terkejut Mohd Bebas Tuduhan Merogol

    By: Unknown On: 11:49
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Zatul Mentor Kecewa,Terkejut Mohd Bebas Tuduhan Merogol:

    Bekas peserta program Mentor musim keenam, Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25, mengakui terkejut dan kecewa kerana Mohd dibebaskan dari sebarang tuduhan merogol.

    Bagaimanapun, Zatul menerusi mStar enggan mahu memberikan ulasan panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan pihak polis berpihak kepada bekas teman lelakinya, Mohd Izwan Mohd Nor, 28.


    "Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini. Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya."

    "Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian."

    "Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah."

    Untuk pengetahuan, sebuah akhbar tahun lepas melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

    Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan didakwa dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang.

    Thursday, 13 March 2014

    (InfoHiburan)Nora Danish Sambut Hari Lahir Bersebelahan Kelab Malam !!

    By: Unknown On: 21:13
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Nora Danish Sambut Hari Lahir Bersebelahan Kelab Malam:

    Pelakon Nora Danish menjadi bualan peminat di laman sosial semalam selepas episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan didakwa mengadakan sambutan hari jadinya di sebuah kelab malam di Petaling Jaya, awal pagi Sabtu lalu.

    Sejak itu, tumpuan terarah kepada Nora Danish memandangkan beliau baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-32 beberapa hari lepas.


    Menerusi rakaman video yang disiarkan portal MIG Online hari ini, Nora mengakui majlis sambutan hari lahirnya berlangsung di sebuah restoran yang bersebelahan dengan kelab malam haram berkenaan.

    "“Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak. Bukankah itu kerja pihak berwajib. 

    “Jadi, bukan saya yang melakukan kesalahan, tetapi pemilik premis berkenaan."

    Dalam pada itu, Nora turut melahirkan kekesalan dengan laporan sebuah program televisyen iaitu program 999 baru-baru ini yang memaparkan sedutan serbuan itu seolah-olah beliau yang bersalah.

    (InfoHiburan)Respon Nur Fathia isu dimaki hamun Nabila Huda

    By: Unknown On: 20:26
  • Share The Gag
  • (InfoHiburan)Respon Nur Fathia isu dimaki hamun Nabila Huda:

    Dua minggu lalu, pelakon seksi Nabila Huda telah memuatnaik status di Instagram yang seolah-olah memaki hamun Nur Fathia berhubung isu bergaduh dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab ketika penggambaran di London.

    Status itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikut Nabila di Instagram kerana mereka takut tindakan Nabila itu mungkin akan mencetuskan permusuhan sesama mereka.


    Nur Fathia yang ditemubual Utusan semalam memberitahu tidak langsung mengambil hati dengan maki hamun tersebut. Beliau cuma agak terkejut kerana selama mereka berada di London, Nabila tidak pernah menegurnya jika datang lewat.

    "Agak sedikit terkejut dengan kenyataannya, kerana sepanjang berada di sana, dia tidak pernah pun menegur sewaktu saya datang lewat. Dia ceria sahaja, alih-alih dia keluarkan kenyataan begitu. Tak apalah itu haknya dan mungkin dia ada sebab berbuat demikian."

    Ditanya tentang kesediaannya bekerjasama dengan anak Amy Search itu pada masa akan datang, Fathia menegaskan dia tiada masalah. Katanya, dunia hiburan tanah air kecil dan mereka tetap akan bertemu sesama sendiri.

    "Biasa sahaja, saya tidak ada masalah dengan dia. Selepas ini kalau kami kena berlakon bersama, saya tidak kisah. Lagipun bidang seni kita bukanlah besar mana, pi balik pi balik, kita akan bertemu orang yang sama."

    "Pada saya, setiap orang ada pandangan sendiri dan saya juga ada pendapat sendiri. Cuma saya sahaja yang malas untuk menguar-uarkannya."