Saturday, 29 March 2014

(InfoSemasa)Pelbagai objek dikesan di kawasan pencarian baharu

By: Unknown On: 13:22
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Pelbagai objek dikesan di kawasan pencarian baharu:

    Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.

    Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

    "Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia.

    Amsa berkata, sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik hari ini namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.

    Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian hari ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.

    Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.

    "Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," kata kenyataan itu.

    Amsa berkata, Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.

    "Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira jam 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata Amsa.

    Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.

    "Enam kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat petang ini atau di sebelah malam," katanya. - Bernama

    Friday, 28 March 2014

    (InfoSemasa)Kakak Penumpang Indonesia Terima ‘missed call’ !!

    By: Unknown On: 15:36
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Kakak Penumpang Indonesia Terima ‘missed call’ !!

    Berita yang dipetik dari portal berita Indonesia…

    Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga saat ini masih belum bisa menerima pernyataan dari Pemerintah Malaysia bahwa pesawat jatuh di Samudera Hindia. Pasalnya, keluarga masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman.

    “Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad yang dipegang Firman,” kata kakak kandung Firman, January Siregar, seperti dikutip Vivanews, Kamis (27/3).

    Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahwa Firman dan penumpang lainnya selamat. Apalagi, hingga saat ini tidak ditemukan bukti-bukti berupa puing dari pesawat.

    January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan, informasi ini sudah diberitahukan ke pihak Pemerintah Malaysia dan maskapai Malaysia Airlines.

    Untuk itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang asal Indonesia telah mengirimkan petisi agar Malaysia dan maskapai memberikan informasi yang akurat dan transparan.

    “Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan,” kata January.

    Proses pencarian hari ini masih dilanjutkan. Namun, upaya pencarian terkendala cuaca. Mereka harus berpacu dengan waktu, karena menurut prediksi Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini diprediksi akan memburuk.

    Sebelumnya, Komite Dewan Fatwa Nasional Malaysia dalam rapat Selasa (25/3) malam memutuskan, belum saatnya melakukan Shalat Ghaib untuk para awak dan penumpang Pesawat MH370 yang beragama Islam. Pasalnya, mereka menunggu ditemukannya mayat atau bagian dari mayat penumpang MH370 sebagai bukti. Meskipun, pemerintah telah mengumumkan bahwa pesawat itu berakhir di Samudera Hindia dan memperkirakan seluruh penumpangnya tewas. -ekeleh.com

    (InfoSemasa)APAKAH KEHILANGAN PESAWAT MH 370 SUDAH TERJAWAB !!

    By: Unknown On: 15:04
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)APAKAH KEHILANGAN PESAWAT MH 370 SUDAH TERJAWAB !!

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Apakah perasaan anda setelah mendengar atau menonton pengumuman P.M. kita tentang KEHILANGAN PESAWAT MH 370?

    1. Adakah anda berasa lega kerana misi pencarian sudah berakhir? Bagi ahli keuarga para penumpang dari China, mereka tak boleh terima apa yang diumumkan oleh P.M. kita tu! Kenape.., ya? Mereka kata mereka tak boleh terima akan pengumuman tu. Kalau pesawat tu tenggelam, mana buktinya? Mereka begitu marah terhadap kerajaan Malaysia dan medakwa kerajaan kita tak bertanggungjawab.

    2. Apa perasaan anda jika mendengar tuduhan mereka tu? P.M. hanya mengatakan misi pencarian MH 370 telah berakhir di Selatan Lautan Hindi. Kenape P.M. mengumumkan tentang perkara ini sedangkan menurut wartawan TV3 sendiri terkejut dengan pengumuman itu. Pihak AMSA belum lagi mengesahkan tentang penemuan objek yang didakwa kelihatan di kawasan tu ialah milik MH 370, jadi tentulah pengumuman ini telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai? 

    3. Kenape P.M. umumkan tentang pengakhiran insiden tu dengan maklumat yang didapati dari pihak U.K. bukan dari Ausralia? P.M. kata mereka menggunakan teknik analisa satelit baru. Tapi pihak IMARSAT kata alat pengesan yang digunakan tu bukannya baru tapi alatan yang digunakan pada kurun ke 19! Mana satu yang betul ni?

    4. Saya tertarik dengan bacaan Bismillahirahmanirrahim oleh Pemangku Menteri Pengangkutan dan P.M. sendiri yang memberi salam penuh bagi permulaan sidang media di peringkat antarabangsa. Baguslah pemimpin kita ingat lagi nak kembali kepada agama dalam insiden begini dan tak perlu merujuk kepada paderi atau ahli agama lain dalam situasi ini.

    5. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak berikan kepada kita. Masalahnya sekarang, kerajaan dan rakyat China yang terlibat dalam tragedi MH 370 ni tak puas hati dengan penjelasan kerajaan Malaysia dan meminta bukti jika kerajaan Malaysia dah kata pencarian pesawat tu berakhir.

    6. Natijahnya, rakyat Malaysia tentu akan menghadapi masalah kalau nak pergi ke Negara China selepas ni. Sebabnya, mereka dah banyak dengar tentang imej negara kita ni dari segi ekonomi, sosial dan politik yang dilihat buruk pada pandangan mereka terutamanya sejak PRU yang lalu. Kalau tengok dari segi reaksi mereka selepas sidang media oleh P.M. semalam, saya rasa kemungkinan mereka boleh kerjakan rakyat Malaysia jika mereka ada di situ. Kebencian mereka tu begitu ketara sekali.

    7. Kalau orang Cina Malaysia ada di situ, mungkin dia akan mengaku bahawa dia ialah orang Cina Singapura. Kalau orang India, mereka boleh mengaku mereka tu orang dari negara India. Tapi kalau Melayu, nak mengaku awak tu dari mana? Semua orang mudah kenal kita sebab warna kulit kita yang sawo matang. Nasib tak baik, kita tak balik ke Malaysia selepas berada di sana seperti MH 370 tu.

    8. Janganlah nak berhajat atau berangan nak pergi ke Negeri China selepas ni untuk bershopping atau buat bisnes di sana kalau muka awak tu muka Melayu. Takut-takut nanti jadi macam pegawai bank yang dijumpai mayatnya di kebun pisang sebab nak siasat pasal kes BMF dulu! Rakyat China sekarang dah benci negara dan rakyat Malaysia dan mereka tak akan terima kita sebagai tetamu mereka lagi atau pesawat MAS.

    9. Itu tak pe lagi, tapi kalau ada agenda lain seperti nak menggugat keselamatan negara ni, apa kita nak buat? Mungkin ada pihak nak jadikan insiden ni untuk menakluk Malaysia setelah mereka nampak kelemahan demi kelemahan yang yang ditonjolkan oleh kerajaan kita. Apa pula peranan penyokong kerajaan BN yang selama bukan main lantang bersuara kalau ada apa-apa isu yang berkaitan dengan kerajaan sebelum ni terutamanya berkenaan dengan pembangkang?

    10. Kenape diam je? Kenape tak buat solat hajat ke atau minta derma ke atau apa-apa bantuan yang boleh dihulurkan kepada kerajaan BN sekarang? Ada pihak mengatakan satelit kita hanya digunakan untuk meninjau atau merisik apa yang dibuat oleh pembangkang kerajaan! Begitu juga agaknya peralatan canggih yang lain seperti 'submarine'.

    Mungkin sekarang orang kita yang tak sedar diri lagi dan masih menganiayai atau melakukan kegiatan khianat kepada bangsa dan agama sendiri supaya bertaubat nasuha kerana kuasa asing mungkin sekarang sudah bersiap-siaga untuk menyerang negara kita.

    'Look and see atau ready to defend our country' dari musuh yang dah tahu kelemahan kerajaan kita! 

    Sekian saja dahulu, wassalam.-Hangit Blog

    (InfoSemasa)Misteri Kenapa Satelit Amerika Gagal Kesan MH370

    By: Unknown On: 13:59
  • Share The Gag

  • (InfoSemasa)Misteri Kenapa Satelit Amerika Gagal Kesan MH370:

    Setelah satelit Thailand mengesan 300 objek dan ahari ini satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam.
    Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370.

    Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

    Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini.

    Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

    Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.

    Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

    Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

    Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini.

    Persoalan yang paling pelik kenapa Thailand negara seteruk-teruk teknologi boleh mengesan objek sejumlah 300 tetapi Amerika yang punyai super power punya teknologi satu benda pun belum jumpa?

    Satu perkara lagi umum tahu yang kepulauan Diego Garcia cukup dekat dengan lokasi MH370 dikatakan terhempas tetapi sungguh menghairankan negara kaya ini hanya berminat menghantar sebuah kapal terbang berbanding negara-negara yang lain.

    Jadi dimana keikhlasan Amerika sekarang kecuali CNN sedang berusaha sedaya upaya memperburukan Malaysia?

    Thursday, 27 March 2014

    (InfoSemasa)Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan !!

    By: Unknown On: 22:11
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan:

    Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.

    Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.

    "Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.

    Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar ‎tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.

    "Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.

    “Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.

    Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

    (InfoSemasa)Isu Rumah Tangga Kapten Zaharie Berantakan !!

    By: Unknown On: 19:13
  • Share The Gag



  • (InfoSemasa)Rumah Tangga Kapten Zaharie Berantakan !!

    Di sebalik semua pihak masih lagi bersedih dengan tragedi yang berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, media barat pula dilihat semakin gemar menjatuhkan hukuman terhadap juruterbang pesawat terbabit iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah.

    Terbaharu, akhbar tabloid UK, Daily Mail terus memainkan spekulasi berkaitan kehidupan peribadi Zaharie, bapa kepada tiga orang anak, yang mungkin menjadi penyebab utama kepada insiden malang tersebut.

    Menerusi akhbar tersebut yang memetik sumber daripada seorang rakan Zaharie yang enggan dikenali menyatakan ada kemungkinan masalah rumah tangga yang dialami Zaharie menjadi penyumbang kepadanya untuk bertindak di luar batasan semasa sedang bertugas mengendalikan pesawat tersebut.

    Menurur rakannya itu lagi yang juga merupakan seorang juruterbang, Zaharie juga didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain sehingga mendorong isterinya berpindah keluar daripada kediaman mereka.

    Lantas, Zaharie, 53, didakwa berasa sangat kecewa dengan keputusan isterinya itu sehingga membuatkan fikirannya seakan tidak ‘stabil’ untuk menjalankan rutin kerjanya.

    Penyiasatan kini tertumpu kepada Zaharie berikutan dia mempunyai simulator penerbangan di rumah selain kehidupan peribadinya yang dilihat lebih rumit daripada pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

    Namun seperti yang diperkatakan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini, semua penumpang dan anak kapal MH370 adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

    p/s...Jadi, diharapkan anda tidak terpengaruh dengan segala spekulasi yang dibawakan oleh media antarabangsa yang saban hari cuba memprovokasi keadaan yang sudah sedia rumit ini.harap maklum

    (InfoSemasa)Satelit Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek

    By: Unknown On: 17:23
  • Share The Gag

  • Ahli Tentera Udara Diraja Australia Neville Dawson melihat imej daripada sebuah AP-3C Orion dalam misi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam.

    Satelit Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi berkemungkinan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, kira-kira 200 kilometer daripada barat daya tempat operasi misi mencari dan menyelamat, lapor The Nation.

    Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

    Menurut akhbar Thailand itu, imej satelit diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum diberikan kepada pihak Malaysia.

    (InfoSemasa)PENEMUAN BOEING AIRCARFT FIRE EXTINGUISHER !!

    By: Unknown On: 14:39
  • Share The Gag
  • (InfoSemasa)PENEMUAN BOEING AIRCARFT FIRE EXTINGUISHER !!


    PENEMUAN BOEING AIRCARFT FIRE EXTINGUISHER OLEH PENDUDUK MALDIVES:

    Penduduk di Maldives telah menjumpai objek yang dikatakan sebagai bom dimana kalau dilihat adalah sebahagian daripada objek dari pesawat. Mereka pernah melihat kapal terbang dengan jalur seakan pesawat MAS terbang rendah di kawasan itu akan tetapi dinafikan.

    Adakah pesawat disorokkan oleh mereka (pihak tertentu) dan kemudian mereka memberitahu Malaysia bahawa ianya telah hilang dengan gula-gula coklat hacks data setelit yang hanya mereka je boleh tipu sebab data tu diaorang je boleh pantau dan keluarkan. Semua tu tak boleh dijawap selagi tak jumpa apapapun bangkai pesawat. Kenapa nak cakap penumpang semua dah mati?. Perdana menteri pun tak keluarkan kenyataan tu. Media je sibuk dengan takziah kehilangan, RIP lah padahal jumpa pesawat belum lagi. Kalau dah jumpa bangkai pesawat barulah boleh nak cakap RIP lah, apalah..yang penting cari dulu bukti terhempas baru boleh kuar kenyataan. jangan dengar cakap negara luar yang monopoli nak jatuhkan negara islam ni. selagi diaorang tak dapat kawal perairan negara selagi tu lah benda ni berlaku.

    Mereka kuasa besar dah dapat kuasai banyak perairan di dunia ni cuma asia tenggara je belum sepenuhnya. rasanya tulah agenda mereka nak tau kekuatan tentera, berapa radar tentera kita ada, jumlah alat ketenteraan kita ada, bagaimana kita nak guna alat ini bila kecemasan atau darurat. So kalau berperang, senang dah tau dah kekuatan yang kita ada. Kenapa kita malaysia nak dengar cakap US ke UK ke. Padahal diaorg dari dulu dah pasang spy intip gerak geri pemimpin kita sendiri?.kita lagi dengar cakap mereka tu. kita ada bantah diaorang pasang spy intip malaysia? xdelah pulak.. cuba tengok indonesia, siap demo bagai.



    "An object which looks like an explosive had on Monday washed up on the beach of Baarah in Haa Alif Atoll.According to Haveera Newspaper, a police media official said that the islanders had found the object, washed up on the beach sometime early in the evening

    He also reported that police had responded immediately by arriving at the scene and in turn reporting to Maldives National Defense Force (MNDF).The official informed that they do not known what it was, and that MNDF would determine its origins and whereabouts.

    "MNDF is now at the island and preparing its extraction", the official said.

    While some of the islanders speculate this unknown object to be a sea mine, others imagine it as another form of an explosive.Farah Ahmed of Haveeru newspaper originally reported the islanders’ accounts of seeing the odd, low-flying plane with Malaysia Airlines’ stripe emblem and colors.

    Several residents of Kuda Huvadhoo in the Maldives told Haveeru newspaper reporters that they saw a low flying jumbo jet” at around 6:15am on March 8.They described the plane as being a white aircraft, with red stripes across it – what the Malaysia Airlines flights typically look like and they noted the incredibly loud noise the flight made when it flew over houses in the island. Read more about the cover-up of this sighting.

    The MNDF spokesperson major Hussein Ali reported that they are now looking into this "unknown" object. He did not give details."

    Adakah Bom ini seakan gambar di bawah ini ?. Macammana boleh sampai sana?.. adakah kita dikudakan oleh UK dengan data-data satelitnya yang boleh di dibuat atau dicipta?

    (InfoSemasa)Cuaca buruk,Operasi mencari MH370 tertangguh lagi

    By: Unknown On: 14:00
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Cuaca buruk,Operasi mencari MH370 tertangguh lagi: 

    Cuaca buruk yang melanda selatan Lautan Hindi memaksa operasi pencarian penerbangan MH370 yang memasuki hari ke-20 hari ini ditangguh sekali lagi.

    Operasi hari ini yang bermula awal pagi melibatkan 11 pesawat dan lima kapal, terpaksa ditangguh apabila keadaan cuaca semakin merosot menjelang tengah hari.

    "Semua pesawat kembali ke Perth dan kapal pula belayar meninggalkan kawasan pencarian," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) dalam laman Twitternya.

    Pagi ini, Amsa dalam satu kenyataan menyebut operasi hari ini dibahagi kepada dua kawasan dalam zon pencarian yang sama meliputi keluasan 78,000 kilometer persegi.

    Pada peringkat awal, operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu yang membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke kawasan daratan dan laut di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, selepas penemuan menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

    Berdasarkan kaedah analisis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini menggunakan data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), pesawat itu dirumuskan terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

    Bersandarkan maklumat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin malam mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

    (InfoSemasa)Malaysia Dipersalahkan Dalam tragedi MH370-Laporan Akhbar China

    By: Unknown On: 13:10
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Malaysia Dipersalahkan Dalam tragedi MH370-Laporan Akhbar China:

    Akhbar China salahkan Malaysia gagal kendali tragedi MH370: Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.

    Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.

    “Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi China. Di mata sebahagian pemerhati Barat, China ‘melakukan yang terbaik untuk membela rasa kesedihan’ dan ‘mengeksploitasi insiden antarabangsa untuk keuntungan domestik’.

    “Kesedihan rakyat China tidak datang dari mana-mana,” kata artikel yang ditulis oleh Wan Wenwen itu.

    Artikel itu adalah yang terkini disiarkan oleh media China yang kebanyakannya mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis itu.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi menyalahkan media cetak China kerana ‘membangkitkan kemarah’ keluarga mangsa, terutama dari China.

    “Perdana menteri dan pemangku menteri pengangkutan cuba sehabis baik untuk menyelesaikan perkara ini tetapi, malangnya, akhbar memanipulasi keadaan ini dan memainkan sentiment sehingga keluarga, terutama dari Beijing, marah.

    “Ini adalah nahas yang tiada sesiapa pun mahu ia terjadi,” kata Zahid ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.

    Beliau bagaimanapun tidak secara terperinci merujuk kepada media dari China atau akhbar harian tempatan China.

    Artikel bertajuk “Jangan biar perasaan ekstrem menggagalkan penemuan MH370” berkata, keluarga penumpang Boeing 777-200ER mendapat sokongan rakyat China dengan ramai yang meragui maklumat didedahkan Malaysia dan mengkritik Putrajaya di rangkaian sosial media China.

    “Bila Victor Wong, penyanyi dari Malaysia berbangsa Cina yang terkenal di kalangan masyarakat China, melahirkan takziahnya kepada saudara mangsa di akaun Sina Weibo, limpahan komen diterimanya, menyalahkan dirinya sebagai hipokrit dan ramai yang ingin memboikot persembahannya di China,” kata artikel itu.

    Ia berkata, ramai rakyat China percaya Putrajaya silap mengendalikan pencarian pesawat hilang itu dan mahu Beijing mengambil pendirian tegas terhadap Malaysia.

    Artikel itu berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membiarkan pendapat umum ke depan, masa depan hubungan Beijing – Kuala Lumpur sedikit sebanyak akan bergantung kepada bagaimana kerajaan akan bertindak antara jalinan diplomatik dan pendapat umum.

    “Beberapa tahun lalu menyaksikan kerajaan China berdepan peningkatan tekanan daripada masyarakat dalam membuat keputusan diplomatik,” katanya.

    Artikel itu memetik analisa daripada media asing yang membuat spekulasi mengenai hubungan tegang antara China dan Malaysia, di sebalik fakta Malaysia adalah negara Asean pertama mengadakan ikatan diplomatik dengan China pada 1974 dan Malaysia adalah rakan dagangan terbesar China di kalangan negara Asean.

    Laporan itu berkata, agensi pelancongan China melaporkan penurunan yang ketara dalam jumlah pelancong China yang memilih untuk melawat Malaysia.

    Ahli keluarga dan saudara penumpang MH370 yang kecewa mendesak jawapan daripada Putrajaya.

    Taklimat yang diadakan pegawai Malaysia di Hotel Lido di Beijing semalam, yang berlarutan sehingga empat jam, menyaksikan keluarga yang marah mempersenda duta Malaysia, Iskandar Sarudin dan mendesak Putrajaya menarik balik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengenai pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, kerana tiada bukti kukuh.

    “Tiada petunjuk pesawat itu, jadi mengapa anda begitu bersedia untuk mengesahkan ia terhempas?” jerit seorang lelaki kepada pegawai Malaysia.

    “Kami desak anda tarik semula kenyataan pesawat itu terhempas ke dalam laut,” kata seorang lagi.

    Pegawai Malaysia berkata, pihak berkuasa bersandarkan kepada bukti daripada Cawangan Siasatan Nahas Udara Britan dan syarikat satelit British, Inmarsat, dan memberikan pembentangan mengenai penemuan itu – tetapi beberapa ahli keluarga memberi maklum balas dengan ejekan.

    “Anda bayar duit untuk laporan yang mengarut,” seorang keluarga yang marah menjerit kepada pegawai Malaysia dan disambut tepukan ramai.

    “Anda tidak dapat maklumat lain selain slaid itu?” kata seorang yang lain.

    Dua pertiga daripada 239 penumpang dalam pesawat itu adalah warganegara China.

    Kejadian di Hotel Lido di Beijing semalam adalah sehari selepas ahli keluarga yang penuh emosi berarah dan menunjuk perasaan di kedutaan Malaysia, berpimpin tangan dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian pencarian MH370.

    Ramai ahli keluarga di majlis taklimat semalam terus berpaut kepada teori konspirasi dan berharap ketiadaan bukti fizikal mungkin bermakna orang kesayangan mereka masih hidup.

    Pada satu peringkat, leftenan jeneral daripada Tentera Udara Diraja Malaysia memberitahu khalayak pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk rampasan.

    “Jika anda tidak menolak sebarang kemungkinan, ia termasuk kemungkinan keluarga kami masih hidup, betul?” kata seorang ahli keluarga.

    Tetapi seorang lagi keluarga melambai kepada pegawai dan menjerit:”Saudara kami mati sebab mereka dibunuh oleh negara anda”.

    (InfoSemasa)Mengapa?? Keluarga Kapten Zaharie Bersembunyi

    By: Unknown On: 10:44
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Mengapa?? Keluarga Kapten Zaharie Bersembunyi:

    Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari ribut spekulasi yang melanda juruterbang itu.

    "Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka."

    Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak-anak Zaharie untuk bersembunyi adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya.

    "Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media."

    Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube yang memberikan satu penghormatan untuk juruterbang itu dan curahan sokongan dalam talian untuk anak perempuannya Aisyah, tiada sebarang kenyataan dibuat selain itu.

    Katanya, keluarga itu sangat memberikan kerjasama terhadap permintaan yang dibuat oleh pihak berkuasa, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan.

    Walaupun sesetengah saudara-maranya merasakan keluarga Zaharie harus tampil secara terbuka untuk menjelaskan spekulasi yang menggambarkan beliau sebagai seorang aktivis politik, mereka tahu mereka perlu menghormati keinginan mereka yang mahukan privasi, katanya.

    Saudara-mara beliau juga menegaskan bahawa Zaharie bukan seorang ekstremis, tidak seperti apa yang dikatakan oleh media mengenai beliau.

    Tiada satu pun spekulasi yang dapat meyakinkan mereka bahawa beliau mungkin telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kehilangan MH370.

    Beliau juga kerap menghubungi Aisyah yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni bina di Melbourne, Australia.

    Anak perempuannya itu telah memberitahu seorang rakannya di Australia sebelum kembali ke Kuala Lumpur bahawa semua spekulasi itu seolah-olah membunuh keluarganya.

    Aisyah telah mengambil cuti untuk bersama dengan keluarga yang tinggal di lokasi yang berbeza dari rumah mereka di Shah Alam.

    Bagi ahli keluarga Fariq, mereka tidak mahu ditemubual sehingga pesawat itu dijumpai. -mStar

    (InfoSemasa)Nabilah Khan, Bekas Isteri Nadeem Nazri !!

    By: Unknown On: 10:12
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Nabilah Khan, Bekas Isteri Nadeem Nazri !!

    Untuk pengetahuan, Nadeem Nazri dan Nabilah Khan berkenalan pada tahun 2007 melalui rakan lamanya ketika sama-sama terlibat dalam satu majlis makan malam untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Selepas empat tahun menyulam cinta, mereka akhirnya berkahwin pada 2011.

    Nabilah Khan atau nama timangannya Bee Khan merupakan seorang wanita berketurunan Pakistan. Mungkin kerana tiada jodoh, Nadeem Nazri dan Nabilah Khan mengambil keputusan untuk bercerai dua tahun kemudian.


    Dalam sambutan hari jadi anak lelaki Nadeem Nazri beberapa bulan lalu, peminat berpeluang untuk menatap wajah comel anak lelaki Nadeem Nazri yang berusia dua tahun hasil perkongsian dengan bekas isteri pertamanya, Nabilah Khan.

    (InfoHiburan)Shila Amzah Menerima Kecaman Hebat Dari Rakyat China

    By: Unknown On: 09:18
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Shila Amzah Menerima Kecaman Hebat Dari Rakyat China:

    Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

    Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

    Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

    Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

    Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.


    Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

    "This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."

    "As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

    "Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you."<=

    Wednesday, 26 March 2014

    (InfoSemasa)Pilot Air Asia Digantung Kerja Tanpa Notis !!

    By: Unknown On: 23:04
  • Share The Gag
  • Pilot Air Asia Digantung Kerja Tanpa Notis kerana mengkritik Kerajaan Konon Sembunyikan Fakta Tentang #mh370 !!

    Seorang juruterbang kanan AirAsia dikenali Krish Jejendira digantung kerja serta-merta kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menerusi laman Facebook miliknya.


    Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas juruterbang berkenaan dapat dilakukan.

    “Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook.”

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman melalui akaun Twitternya memberitahu, juruterbang itu digantung kerja kerana didapati melanggararahan khusus iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

    Tambah Azran, arahan tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa.

    (InfoSemasa)Internet Akan Ditapis Kalau Saya Jadi PM Semula- Dr Mahathir

    By: Unknown On: 20:59
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Internet Akan Ditapis Kalau Saya Jadi PM Semula- Dr Mahathir:

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

    Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

    "Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

    "Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

    Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

    Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

    Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

    Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

    Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.

    "Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.

    "Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.

    Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.

    "Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.

    "Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.

    Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

    "Kalau dunia kata kita tidak moden, tidak demokratik, itu mereka nak kata, mereka katalah.

    "Ini bukan negara mereka. Ini negara kita dan kita berhak untuk menjaga keselamatan dalam negara," kata beliau.

    Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan MSC. – 26 Mac, 2014.

    Dalam majlis sama, Dr Mahathir juga menegaskan kebebasan perlu dikawal kerana rakyat masih tidak berdisiplin dan masih terlalu muda dalam mengamalkan demokrasi.

    "Kita sudah lima demokrasi dan demokrasi kita masih muda, rakyat belum tahu bagaimana mengawal diri, tak tahu mendisiplinkan diri.

    "Mereka hanya ingin menggunakan kebebasan demokrasi tanpa perasaan bertanggungjawab," kata Dr Mahathir.

    (InfoSemasa)Ustaz Darul Manzil Mimpi Pesawat MH370 !!

    By: Unknown On: 17:50
  • Share The Gag

  • (InfoSemasa)Ustaz Darul Manzil Mimpi Pesawat MH370 !!

    Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

    Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

    Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

    Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

    Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

    Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

    Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

    Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

    Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

    “You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

    Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

    Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

    Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

    Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

    Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL