Wednesday, 2 April 2014

(InfoSemasa)Bukti Terkini MH370 !!

By: Unknown On: 18:29
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Bukti Terkini MH370 !!

    Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : 

    Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Terbaru…

    Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.

    Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China.

    Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :



    Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah.

    Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang.

    Dan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman..

    Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru inu dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yangmengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja
    Buat pertama kalinya, pesawat Mh370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

    Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat Mh370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang
    Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, Mh370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

    Jikalau pesawat Mh370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu Mh370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?
    Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

    Dan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

    Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar. 

    Kronologi Lengkap Detik-detik Kehilangan MH370 8 mac 2014












    Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014).

    Pesawat Mh370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi.

    Pergi ke Penang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi.

    Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat Mh370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat Mh370 ini.

    Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

    P/S : Kapten Nik Huslan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat Mh370 mengalami kerosakan tidak benar. Apa respon balas anda pula?.

    sumber dipetik:-http://www.beritasemasa.com.my/

    Tuesday, 1 April 2014

    (InfoSemasa)MH370-Gambar paling misteri yang perlukan penjelasan tersebar!!

    By: Unknown On: 17:47
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)MH370-Gambar paling misteri yang perlukan penjelasan tersebar!!

    Persoalannya bagaimana dua individu yang berlainan, yang kelihatan badannya dan kepalanya berbeza, tapi kedudukan kaki dan lantainya sama?

    Tidak mungkin samasekali kedudukan kaki kedua-dua pemuda itu benar-benar kelihatan sama sedangkan muka masing-masing sedang menghadap arah berlainan. 

    (InfoSemasa)Saintis Ramal Pencarian MH370 Temui Kegagalan !!

    By: Unknown On: 15:34
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Saintis Ramal Pencarian MH370 Temui Kegagalan !!

    Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

    "Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

    Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.

    "Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.

    Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.

    Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

    "Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui," katanya.

    Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.

    "Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

    Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

    Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit.

    (InfoHiburan)Shila Amzah baju blous pendek !!

    By: Unknown On: 15:02
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Shila Amzah baju blous pendek !!

    Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous menarik perhatian ramai peminatnya.

    Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

    Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. 




    Monday, 31 March 2014

    (InfoHiburan)Punca Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram !!

    By: Unknown On: 18:43
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Punca Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram !!

    Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang dilanda kontroversi sejak dulu lagi. Selepas satu persatu kontroversi reda, timbul pula kontroversi lain yang dikaitkan dengan dirinya.

    Itulah realiti hidup yang terpaksa dilalui aktor itu dalam dunia hiburan tempatan terutamanya sejak menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan populariti yang dikecapi Sharnaaz.

    Terbaru, bekas kekasih Shila Amzah itu mengamuk di laman Instagram miliknya kerana muak dengan sikap segelintir peminat yang sesuka hati menjodohkannya dengan orang lain. Katanya, jodoh itu bukan hak manusia untuk menentukan tetapi Allah.


    Apa yang dikatakan Sharnaaz memang ada benarnya. Siapa pula kita untuk memandai-mandai menentukan jodoh seseorang sedangkan perkara tersebut adalah urusan Allah. Kesian pula Sharnaaz sering diusik dan dikecam.

    (InfoSemasa)Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin MH370 dirampas

    By: Unknown On: 08:52
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin MH370 dirampas:

    Beberapa keping gambar terbaru berhubung laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah tanggapan awal tentang kes tersebut.

    Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, kesemua gambar itu merupakan satu pencerahan baru yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

    Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

    “Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja).”

    Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

    “Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan.”

    Sunday, 30 March 2014

    (InfoSemasa)Teori ‘Berakhir Di Lautan’ Bukan Dari Kami - Inmarsat

    By: Unknown On: 15:35
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Teori ‘Berakhir Di Lautan’ Bukan Dari Kami - Inmarsat:

    Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di Lautan Hindi” dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

    Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

    Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

    “Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

    “Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat,” jurucakap itu dilaporkan berkata.

    (InfoSemasa)Sarah Bajc isteri Philip Wood Percaya Pesawat Tidak Terhempas

    By: Unknown On: 15:16
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Sarah Bajc isteri Philip Wood Percaya Pesawat Tidak Terhempas:

    Pasangan hidup kepada Philip Wood, salah seorang penumpang kapal terbang MH370, percaya pesawat itu tidak terhempas sebaliknya disembunyikan.

    Sarah Bajc yang temubual dalam saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain yang dirancang memandangkan terdapat 30 jurutera pertahanan di dalamnya.

    “Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik."

    “Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas.”

    Sarah Bajc berpendapat ada banyak motif disebalik kehilangan MH3700 tetapi dia tidak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas.

    Sarah Bajc berkata dia tidak memiliki sebarang kepakaran dalam membuat kenyataan ini tetapi berdasarkan "common sense". Tetapi katanya pandangannya juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

    Sarah Bajc berkata ramai memberi pandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

    Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,”.

    (InfoSemasa)Ustaz Azhar Idrus pertahan ritual Raja Bomoh

    By: Unknown On: 14:49
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Ustaz Azhar Idrus pertahan ritual Raja Bomoh:

    Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad.

    Menurut UIA, tidak semua tindakan bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional boleh dianggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw.