Saturday, 22 March 2014

(InfoSemasa)Jadikan Wan Azizah Jadi PM Wanita Pertama,Jangan bermimpi-Kata Zahid

By: Unknown On: 20:48
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Jadikan Wan Azizah Jadi PM Wanita Pertama,Jangan bermimpi-Kata Zahid:

    Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menyarankan Pakatan Rakyat agar tidak terus berangan-angan untuk mengangkat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri wanita pertama di negara ini.

    Mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam bahawa Pakatan Rakyat mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sekiranya pakatan itu menang pada pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid secara sinis berkata: "Jangan ada orang bermimpi pada waktu siang."

    Beliau berkata demikian selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Kajang yang dahagakan pembangunan cenderung untuk memilih calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.

    "Sokongan terhadap Chew sangat positif. Mereka ingin melihat perubahan memandangkan wakil rakyat sebelum ini tidak menunaikan janjikan seperti yang terkandung dalam manifesto," katanya. - Bernama

    (InfoSemasa)Imej satelit China,Kemungkinan serpihan MH370, kata Hishammuddin

    By: Unknown On: 20:10
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Imej satelit China,Kemungkinan serpihan MH370, kata Hishammuddin:

    Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat makluman daripada kedutaan China bahawa negara itu menerima imej satelit yang berkemungkinan sepihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

    Pemangku menteri pengangkutan itu berkata China akan membuat pengumuman dalam beberapa jam lagi berhubung serpihan yang ditemui di koridor selatan itu.

    “Berita yang baru saya terima, Kedutaan China menerima imej satelit objek terapung di koridor selatan dan mereka menghantar kapal untuk mengesahkannya.

    “Beijing akan mengumumkannya dalam beberapa jam lagi. Objek terapung ini 22 meter panjang dan 30 meter lebar,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.

    Berikutan makluman itu, kerja pencarian MH370 akan diperluaskan berhubung maklumat yang diperoleh kerajaan China itu.

    Dua hari lalu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian pesawat hilang dirakam imej satelit.

    Sehubungan itu, pasukan pencari bergegas ke kawasan yang dimaksudkan Australia di kawasan terpencil kira-kira 2,500km barat daya Perth.

    Bagaimanapun, tiada apa ditemui setelah 15 pesawat pemantau Australia dan Amerika bergegas ke lokasi dimaksudkan.

    Sebelum ini dilaporkan kerja pencarian tertumpu kepada dua koridor iaitu utara dan selatan dengan andaian pesawat dapat terbang tujuh jam daripada ia dilaporkan hilang.

    Koridor utara merangkumi sempadan Kazakhstan dan Turkeministan ke utara Thailand manakala koridor selatan merangkumi Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

    (InfoSemasa)Gesa PM letak jawatan - Bekas calon ketua pemuda UMNO

    By: Unknown On: 13:41
  • Share The Gag
  • (InfoSemasa)Gesa PM letak jawatan - Bekas calon ketua pemuda UMNO:

    Bekas calon ketua pemuda UMNO, Syed Rosli Syed Harman al-Jamalulail menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan kerana enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.

    Kata Syed Rosli, Najib hanya membaca teks ucapannya ketika sidang media tersebut dan terus meninggalkan dewan, membiarkan wartawan tempatan dan antarabangsa terpinga-pinga dan kecewa.

    (InfoSemasa)MH370 tiada khabar, keluarga cuba bunuh diri, kata ahli psikologi

    By: Unknown On: 13:09
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)MH370 tiada khabar, keluarga cuba bunuh diri, kata ahli psikologi:

    Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.

    Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.

    Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.

    “Kebanyakan ahli keluarga mula bergantung antara satu sama lain. Sesetengah daripada mereka cuba menerima takdir orang yang mereka sayang tidak akan kembali lagi.

    “Mereka yang lain bergantung kepada khabar angin atau teori konspirasi yang membuat mereka tenang merasakan penumpang masih hidup,” kata ABC News.

    Beliau menggambarkan mereka dalam keadaan emosi memuncak setelah hanya sedikit sahaja maklumat yang diperolehi berhubung pesawat tersebut.

    Serpihan yang ditemui di selatan Lautan Hindi merupakan perkembangan terbaru insiden tersebut yang mengejutkan mereka sehingga ada yang beranggapan pesawat berkenaan terhempas.

    "Warga tua dengan masalah jantung dan asma rebah dan kami terpaksa menghubungi ambulans," katanya.

    Yin bimbang dengan waris warga emas yang mempunyai perancangan membunuh diri.

    "Dalam budaya Cina, apabila seseorang mencapai satu had umur, erti kehidupan berkait rapat dengan cucu yang menjadi kemegahan.

    "Jadi apabila ia diragut, sukar bagi mereka memikirkan maksud kehidupan," katanya.

    Beliau berkata, proses penyembuhan hanya dapat dimulakan apabila misteri kehilangan pesawat itu dapat dirungkai.

    Yin berkata, proses penyembuhan memerlukan emosi yang stabil dan sekarang bukan masanya.

    (InfoHiburan)Chef Wan - Penjelasan isu persenda misi mencari MH370

    By: Unknown On: 11:46
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Chef Wan - Penjelasan  isu persenda misi mencari MH370:

    Hanya beberapa jam lepas, Chef Wan dikecam teruk peminat dan pengikutnya di Instagram kerana memuatnaik gambar berserta caption yang mempersendakan penemuan objek di Perth, Australia.

    Ekoran itu, wartawan Berita Harian dan pemilik portal Murai.com segera menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya itu.

    Menurut Chef Wan, dia memang sengaja memuatnaik kenyataan tersebut kerana mahu melihat reaksi rakyat Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang. 

    "Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth. 

    Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger! 

    My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”. 

    Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction! 

    Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes. 

    Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful. Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula… 

    Let us see their true colors…Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”

    Tindakan chef selebriti tersohor ini ada logiknya juga namun mungkin tidak begitu sesuai dibuat dalam situasi sekarang kerana boleh melukakan hati dan perasaan keluarga mangsa pesawat MH370.

    (InfoSemasa)Selain manggis, litium, MH370 bawa pekerja Freescale Semiconductor bernilai tinggi

    By: Unknown On: 11:18
  • Share The Gag

  • (InfoSemasa)Selain manggis, litium, MH370 bawa pekerja Freescale Semiconductor bernilai tinggi:

    Selain membawa manggis dan bateri litium yang dianggap sebagai bahan mudah terbakar, pesawat MH370 juga membawa sekumpulan 20 pekerja Freescale Semiconductor dengan empat daripada mereka adalah antara lima pemegang hak cipta yang baru didaftarkan.

    Apa yang hendak dipatenkan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer' yang sedang dimajukan oleh Freescale.

    Blog Anak Sungai Derhaka dari Malaysia berkata, kehilangan mereka sama dengan apa yang berlaku kepada tragedi penerbangan Jepun, JAL 123 yang membunuh 17 jurutera daripada firma yang membangunkan satu perisian hasil kajian seorang profesor Universiti Tokyo, Jepun.

    Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dan pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju daripada Google Chrome yang ada pada masa ini.

    Ia adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam di Jepun.

    Pembangunan perisian tersebut terbantut apabila semua jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan Microsoft kemudian menguasai pasaran.

    Tiga hari lalu dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.

    Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab beberapa spekulasi yang mengatakan pesawat itu mungkin dirampas kerana membawa kargo yang bernilai tinggi.

    Ia juga bagi menjawab spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut meletup di udara dan menjunam ke dalam laut selari dengan beberapa laporan polis yang dibuat di beberapa negeri di pantai timur semenanjung.

    "Penilaiannya itu sebenarnya kurang tepat jika dikatakan manggis itu adalah kargo yang bernilai tinggi.

    "Sebenarnya beliau sepatutnya mengambil kira siapakah penumpang yang di bawa pesawat tersebut kerana bagi kebanyakan industri, pekerja yang mahir dan professional adalah aset amat berharga. Dalam hal ini 20 pekerja Freescale itu adalah aset," kata penulis blog itu.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bernama, syarikat Freescale yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata, pekerjanya terdiri daripada 12 rakyat Malaysia dan lapan dari China.

    Menurut syarikat itu, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya.

    "Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Freescale, Gregg Lowe dalam kenyataan itu.

    "Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, syarikat meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini.

    'Dies' adalah litar atau 'circuit' yang dibina di atas 'wafer', 'dies' adalah apa terkandung di dalam mikrocip.

    Bergantung kepada tujuan ia dibina saiz 'dies' adalah berbeza antara satu sama lain dan dibina di atas wafer yang diperbuat daripada silikon dan seramik.

    Oleh itu, jumlahnya juga adalah berbeza bergantung kepada saiz 'wafer' yang biasanya bergaris pusat 4", 6" atau 8.

    Dalam setiap 'wafer' biasanya terkandung lebih atau kurang daripada 5,000 'dies'.

    Menurut blog itu, kebanyakan peralatan elokronik kini dikuasai atau digerakkan oleh 'dies' yang terdapat dalam mikrocip.

    Silikon adalah bahan yang sesuai digunakan untuk membangunkan cip yang maju dan bahan ini adalah mahal.

    Memaksimakan 'dies' di dalam sekeping 'wafer' bermakna memaksimakan keuntungan.

    Dalam hal pekerja Freescale Semiconductor of Austin ini pula hak paten yang baharu didaftarkan itu berada di bawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% daripada royalti.

    Sebanyak 20% dikuasai oleh Peidong Wang dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China; 20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.

    Manakala 20% dikuasai oleh Zhihong Cheng dan 20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China dan Freescale Semiconductor sendiri 20%.

    "Jika salah seorang daripada di atas terbunuh atau hilang maka ia tetap akan dibahagikan sama rata dan jika empat daripada lima itu terbunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal," kata blog itu.

    Menurut blog itu, pemilik Freescale Semiconductor adalah seorang Yahudi yang terkenal iaitu Jacob Rothschild melalui Blackstone.

    "Apa pun ini hanyalah salah satu kebarangkalian yang ada, betul atau tidak kita tunggulah apa hasil siasatan rasmi pihak berkuasa," kata blog itu.

    (InfoSemasa)Selepas bawa manggis, CEO mengaku MH370 bawa bateri litium

    By: Unknown On: 10:29
  • Share The Gag



  • (InfoSemasa)Selepas bawa manggis, CEO mengaku MH370 bawa bateri litium:

    Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.

    Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.

    Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu.

    Mail Online melaporkan, bateri litium pernah menyebabkan 140 kejadian di udara dalam tempoh 29 tahun lalu.

    Dikelaskan sebagai ‘berbahaya’ oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), bateri itu biasanya digunakan dalam telefon bimbit dan komputer riba.

    Ahmad Jauhari berkata, pihak berkuasa menyiasat kargo berkenaan tetapi tidak menganggap bateri itu sebagai berbahaya kerana ia dibungkus mengikut peraturan keselamatan.

    “Kita membawa bateri kecil litium, ia bukan bateri besar dan ia biasanya diluluskan mengikut ICAO di bawah barangan berbahaya,” lapor Mail Online yang memetik kenyataannya.

    “Bateri itu sendiri tidak bahaya, tetapi mengikut syarat, ia diisytiharkan sebagai barangan berbahaya di bawah ICAO,” katanya.

    Ahmad Jauhari berkata, bateri litium itu diperiksa beberapa kali untuk memastikan mereka mematuhi garis panduan.

    “Syarikat penerbangan selalu melakukannya, bukan saja Malaysia Airlines. Barangan itu diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan sebagai kargo, yang mengikut peraturan ICAO,” katanya seperti dilaporkan Mail Online.

    Pendedahan itu mengembalikan teori menyatakan Boeing 777 mungkin berdepan dengan masalah kebakaran, menyebabkan anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas menghidu asap beracun, kata laporan Mail Online.

    Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, bateri litium yang dibawa dalam kargo atau bagasi menjadi penyebab kepada lebih 140 kejadian antara Mac 1991 dan 17 Februari tahun ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

    Dalam kes terpencil, pesawat musnah dalam kebakaran yang bermula daripada peralatan, walaupun ia adalah pesawat pesawat dalam kedua-dua kejadian, kata Mail Online.

    Dalam satu kes, syarikat penerbangan UPS pesawat 6 terhempas dalam cubaan mendarat secara kecemasan pada September 2010 ketika perjalanan ke Dubai dari Cologne di Jerman.

    Bekas Ketua Keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, Billie Vincent, berkata pendedahan MH370 membawa bateri litium menegaskan semula kepercayaannya kebakaran bermula dalam kargo, memusnahkan sistem komunikasi pesawat dan kemudian memenuhi kabin dengan asap beracun, lapor Mail Online.

    Vincent berkata, keadaan itu akan mencemaskan pesawat tetapi mungkin memberi juruterbang peluang untuk mengubah laluan pesawat itu untuk pendaratan kecemasan.

    Bateri litium biasa digunakan kerana ia adalah bateri boleh cas semula yang paling bertenaga, kata Mail Online.

    Laporan itu berkata, bateri boleh meletus menjadi api, dan walaupun ia bukan sesuatu yang biasa terjadi, tetapi apabila ia menyala ia boleh menyebabkan kebakaran.

    Bateri litium itu sangat sensitif dengan suhu tinggi dan panas boleh mendegradasikan bateri lebih cepat daripada biasa.

    Jika bateri itu rosak, ada kemungkinan ia meletus menjadi api. Ia boleh mendatangkan bahaya dan keselamatan kebakaran, tidak seperti bateri dicas semula lain, ia mengandungi elektrolit mudah terbakar dan disimpan secara bertekanan, lapor Mail Online.

    Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan setakat ini, pasukan mencari dari 26 negara masih belum menemui sebarang petunjuk lokasi pesawat itu.

    Susulan daripada petunjuk terbaharu, pesawat dan kapal dihantar ke lautan sekitar 2,500 kilometer ke pantai bandar Perth di Australia untuk cuba mengesan objek yang ditunjukkan imej satelit yang dikatakan penyiasat mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370.

    Friday, 21 March 2014

    (InfoHiburan)Penjelasan foto ‘tayang perut’ Sharifah Sakinah

    By: Unknown On: 22:54
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Penjelasan foto ‘tayang perut’ Sharifah Sakinah:

    Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika melakukan senaman.
    Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah Sakinah.

    Memetik sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram. Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-

    “Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.” 

    Antara foto yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di laman Instagramnya 


    (InfoSemasa)Usaha Kesan Dua Objek Sukar-MH370(AMSA)

    By: Unknown On: 18:36
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Usaha Kesan Dua Objek Sukar-MH370(AMSA):

    Laporan agensi berita Australian Association Press (AAP) itu yang memetik kerajaan Australia, turut menyatakan usaha mencari diteruskan selepas pesawat Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam oleh satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, awal minggu ini.

    Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lepas di kawasan pencarian seluas 23,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk.

    Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat.

    Kapal dagang Norway, St Petersburg masih berada di kawasan itu dan sebuah lagi kapal dagang dijangka tiba pada Jumaat malam.

    Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success juga dalam perjalanan dan dijangka tiba pada Sabtu.

    "Setakat ini tiada objek dikesan," lapor AAP yang memetik Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini pertamanya pada Jumaat.

    Pemangku Perdana Menteri Warren Truss berkata keadaan cuaca adalah buruk.

    Beliau berkata usaha pencarian "sukar dan mencabar" terutama kerana objek terbabit mungkin hanyut agak jauh dari tempat asal ia dicerap oleh satelit pada 16 Mac. 

    Kerajaan juga mengingatkan walaupun imej satelit itu kredibel, objek mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat tersebut.

    Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu pemberita di Papua New Guinea pada Khamis malam, penemuan itu merupakan petunjuk paling positif setakat ini dalam usaha mengesan penerbangan MH370 yang hilang bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hampir dua minggu lepas.

    "Kita tidak tahu apakah yang sebenarnya dicerap oleh satelit itu sehingga kita dapat lihat dari dekat, akan tetapi ini petunjuk paling memberangsangkan dalam satu kejadian misteri yang begitu membingungkan.

    "Kita menawarkan semua sumber yang boleh untuk membantu. Kita akan melakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikan kejadian ini," katanya. – Bernama

    (InfoSemasa)Maritim Australia (AMSA) Gagal Cari Objek Berukuran 24 Meter

    By: Unknown On: 09:06
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Maritim Australia (AMSA) Gagal Cari Objek Berukuran 24 Meter:

    Berikutan cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad, operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi yang dipercayai boleh membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sedikit terjejas.

    Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, mereka memberitahu pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu.

    Namun pesawat lain akan diterbangkan ke lokasi berkenaan untuk meneruskan usaha mencari objek didakwa sayap pesawat MH370. - Astroawani

    (InfoSemasa)Kapten Zaharie Adalah Wira Yang Bertarung Selamatkan MH370-Chris Goodfellow

    By: Unknown On: 08:53
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Kapten Zaharie Adalah Wira Yang Bertarung Selamatkan MH370-Chris Goodfellow : 

    Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

    Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

    Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

    "Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

    "Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

    Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

    "(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

    Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

    Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

    "Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

    "Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

    Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

    Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

    "Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

    Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

    "Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

    Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

    Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

    Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

    (InfoSemasa)Najib Razak Melahirkan Penghargaan Beliau Atas Bantuan Perancis

    By: Unknown On: 08:33
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Najib Razak Melahirkan Penghargaan Beliau Atas Bantuan Perancis:

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan penghargaan beliau atas bantuan Perancis berkongsi pengetahuan berhubung misi mencari Penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

    Dalam entri Facebook terbaharu beliau, Najib berkata bekas ketua jabatan Penerbangan Awam Perancis Jean Paul Troadec dan duta besar Perancis di Malaysia Martine Dorance mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

    "(Kami) berbincang beberapa perkara berhubung (pesawat Malaysia Airlines) MH370 dengan duta Perancis Martine Dorance dan bekas ketua jabatan penerbangan awam Perancis Jean Paul Troadec yang terbabit dalam siasatan penerbangan 447 Air France, di pejabat saya," katanya.

    "Hargai tawaran untuk membantu dan sesi berkongsi pengetahuan," katanya.

    Penerbangan 447 Air France 447 dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris dengan 228 orang dalam pesawat, terjunam ke Lautan Atlantik berdekatan Brazil pada 1 Jun, 2009.

    Serpihan dari pesawat yang hilang dikesan lima hari kemudian dan ia mengambil masa hampir dua tahun bagi pasukan penyiasat untuk menyelamatkan bahagian utama bangkai pesawat dan menemui rangka manusia dari dasar laut.

    Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal, pula hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sejak 8 Mac dan sehingga hari ini usaha mencari dan menyelamat belum berhasil. - Bernama

    (InfoSemasa)ATSB Bantu Kesan MH370

    By: Unknown On: 08:18
  • Share The Gag

  • (InfoSemasa)ATSB Bantu Kesan MH370: 

    Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) sedang meneliti imej yang diperolehi melalui cerapan satelit antarabangsa dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

    Ketua Pegawai Eksekutif ATSB Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad (gambar) berkata sebagai agensi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ia diarahkan oleh kementerian untuk membantu misi pencarian pesawat itu menerusi imej satelit.

    Katanya, ATSB meneliti imej satelit di sekitar Laut China Selatan dan Laut Andaman yang diperoleh daripada satelit Sepanyol, Korea Selatan, Nigeria, Kanada, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis bagi mengesan pesawat itu.

    Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas ditemubual dalam program "Ruang Bicara' BernamaTV yang dikendalikan Sherkawi Jirim semalam.

    Ahmad Sabirin berkata susulan pengesanan dua objek di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia yang mungkin boleh dikaitkan dengan pencarian MH370, ATSB kini menumpukan penelitian imej di kawasan itu.

    Ditanya mengenai keupayaan sesebuah satelit mencerap imej, beliau berkata satelit bergantung kepada sensor optik dan sensor radar.

    "Sensor optik merakam imej pada waktu siang dan imejnya berwarna, tetapi boleh dihalang oleh awan.

    "Sensor radar pula boleh digunakan pada waktu siang dan malam tanpa mengira keadaan cuaca kerana kuasanya lebih tinggi," katanya.

    Ahmad Sabirin juga berpendapat peluang mencari sesuatu yang hilang adalah tinggi jika pelbagai aset angkasa, udara dan laut digabungkan dalam usaha itu.

    Pesawat MH370 yang membawa 239 orang berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-14. – Bernama

    Thursday, 20 March 2014

    (InfoHiburan)Foto Emma Maembong Bercuti Di Thailand !!

    By: Unknown On: 21:09
  • Share The Gag


  • (InfoHiburan)Foto Emma Maembong Bercuti Di Thailand !!

    Kekasih Zizan Razak itu sedang bercuti di Thailand ketika ini bersama dengan adik-beradik dan beberapa rakannya yang lain. Emma kelihatan tetap cantik dan menawan walaupun tanpa mengenakan sebarang make-up.

    (InfoSemasa)Objek Berukuran 24 Meter Mungkin Serpihan Pesawat, Kata Australia

    By: Unknown On: 13:36
  • Share The Gag
  • (InfoSemasa)Objek Berukuran 24 Meter Mungkin Serpihan Pesawat, Kata Australia:

    Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

    "Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.


    Autralia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.

    Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.

    Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.

    Menurut kenyataan AMSA, imej itu diambil oleh satelit dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan MH370.

    Penilaian terhadap imej ini yang dibuat oleh Geospatial-Intelligence Organisation Australia yang memberikan indikasi ia mungkin serpihan pesawat MH370 kerana ia termasuk dalam kawasan carian yang menjadi fokus kepada pasukan pencari dan penyelamat.

    Imej ini diambil dari dalam kawasan pencarian yang ditetapkan dua hari lalu.

    Australia mengetuai carian di bahagian selatan koridor selatan, dengan bantuan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.

    Kawasan pencarian semakin kecil berdasarkan data pengesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi ia masih meliputi kawasan seluas 600,000 km persegi, kira-kira saiz Sepanyol dan Belanda.

    Pencarian Boeing 777-200ER sebelum ini memberi tumpuan kepada dua koridor; satu menuju ke utara melalui darat dari Laos ke arah Laut Caspian, dan kedua ke arah selatan, di seluruh Lautan Hindi dari barat pulau Sumatera Indonesia di barat Australia.

    "Andaian sekarang ialah ia pergi ke arah selatan, dan ke hujung koridor selatan itu," kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada Reuters.

    Pandangan itu adalah berdasarkan ketiadaan tanda daripada negara di sepanjang koridor utara bahawa pesawat memasuki ruang udara mereka, dan kegagalan untuk mencari kesan bangkai dalam pencarian di bahagian atas koridor selatan.

    (InfoSemasa)Imej Setelit Ditemui Kemungkinan MH370- PM Australia

    By: Unknown On: 10:45
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Imej Setelit Ditemui Kemungkinan MH370- PM Australia:

    Perdana Menteri Australia berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.

    Ini berikutan penemuan imej satelit objek itu, lapor Reuters India dalam Twitternya.

    "Perdana Menteri Australia berkata imej objek yang ditemui satelit itu mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines," tulis Reuters India dalam tweetnya.

    Wednesday, 19 March 2014

    (InfoSemasa)Pakar Penerbangan Tidak Menolak Kemungkinan Berlakunya Penyembunyian Fakta

    By: Unknown On: 15:40
  • Share The Gag
  • (InfoSemasa)Pakar Penerbangan Tidak Menolak Kemungkinan Berlakunya Penyembunyian Fakta:

    Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.


    David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.

    Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: "Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.

    "Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya," katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.

    Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan.

    (InfoSemasa)Tentera Thailand Memaklumkan Radarnya mengesan (MAS) MH370

    By: Unknown On: 13:47
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Tentera Thailand Memaklumkan Radarnya mengesan (MAS) MH370:

    Tentera Thailand memaklumkan radarnya mengesan sebuah pesawat yang dipercayai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang beberapa minit selepas komunikasi pesawat itu terputus.

    Namun memaklumkan maklumat itu tidak didedahkan sejak awal, kerana tiada permohonan rasmi dari Malaysia.

    Menurut Ketua Tentera Udara Thailand, Prajin Juntong, radar tentera mengesan pesawat tersebut di Selat Melaka.

    Maklumat itu adalah sama dengan yang dikesan radar Malaysia.

    Data juga menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.

    Namun jurucakap Tentera Udara Montol Suchookorn memaklumkan, pihak tentera masih belum pasti adakah pesawat yang dikesan adalah pesawat yang sama.

    Montol juga memaklumkan Thailand tidak pasti maklumat itu berguna sehingga menerima permohonan rasmi daripada Malaysia.

    Tuesday, 18 March 2014

    (InfoSemasa)Dua Pelajar Hilang Di Gunung Bubu Ditemui Mati !!

    By: Unknown On: 21:19
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Dua Pelajar Hilang Di Gunung Bubu Ditemui Mati !!

    Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas sejak semalam ditemui mati petang tadi.

    Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Mat Rabawi Abdul Jalil, mayat Adam Asyraf Azuaan dan Mohamad Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan kira-kira jam 3.20 petang tadi.

    Manakala, dua lagi pelajar iaitu Mohamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohamad Fitri ditemui selamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Mereka kini sedang dirawat di Hospital Kuala Kangsar sebagai pesakit luar.

    (InfoSemasa)China ‘Yang Perahsia’ Mahu Malaysia Terbuka-MH370

    By: Unknown On: 20:39
  • Share The Gag

  • Ahli keluarga penumpang warganegara china

    (InfoSemasa)China ‘Yang Perahsia’ Mahu Malaysia Terbuka-MH370:

    Tindakan China yang menuntut Malaysia mendedahkan segala penemuan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 berbeza dengan sejarah negara itu yang terlalu berahsia ketika gempa bumi melanda negara berkenaan di Sichuan pada 2008, kata AFP memetik kenyataan penganalisis.

    Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan maklumat berkenaan pesawat berkenaan secara berkala dan tepat, lapor agensi berita Xinhua.

    Gesaan itu dibuat selepas lebih seminggu apabila ruangan minda pengarang akhbar di China menuntut keterbukaan yang lebih luas daripada Kuala Lumpur dan Malaysia Airlines.

    "Kecuali ketelusan itu dapat dipastikan, misi pencarian antarabangsa ini tidak akan berhasil seperti yang diharapkan," kata komentar Xinhua.

    "Ketika berdepan dengan bencana, kejujuran adalah kunci untuk mengelakkan insiden sama berulang kembali," katanya.

    Namun ketika taklimat kepada media, jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei enggan mendedahkan maklumat lanjut ketika ditanya beberapa siri soalan berkaitan peranan China dalam misi pencarian itu.

    Mampukan China menolak kemungkinan pesawat hilang itu memasuki ruang udara?

    Adakah 153 penumpang warga China yang menaiki pesawat itu disiasat?

    Adakah China menjalankan misi mencari dan menyelamat di darat termasuk di laut?

    Adakah misi mencari dilakukan di wilayah barat Tibet dan Xinjiang, di mana data satelit menunjukkan kemungkinan pesawat terbang ke sana?

    Hong enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata,"operasi mencari kini diteruskan, dan kami akan bekerjasama dengan Malaysia untuk lakukan usaha pencarian."

    Tidak sampai sehari kemudian, Xinhua memetik duta China di Malaysia, Huang Huikang mendedahkan Beijing memulakan misi carian pesawat berkenaan di wilayah China.

    Pihak berkuasa China minggu lalu, mendedahkan rakaman foto satelit tiga objek terapung berkemungkinan berkaitan dengan pesawat namun tidak mendedahkan persoalan imej berkenaan didedahkan hanya tiga hari selepas ianya ditemui.

    Malah, AFP melaporkan, media China juga diarahkan untuk mengikuti laporan Xinhua dalam melaporkan insiden tersebut.

    Kesatuan Wartawan Antarabangsa berkata dalam kenyataan mereka: “Amat menyesalkan pihak berkuasa China terus menggunakan langkah sedemikian untuk mengawal maklumat yang diperlukan, terutamanya ketika siasatan ini dilakukan."

    Tindakan Beijing itu tidak mengejutkan, kata penganalisis, menjelaskan bagi negara-negara terlibat dalam misi pencarian, sensitiviti geopolitik masih dimainkan sepertimana pertimbangan kemanusiaan.

    Operasi di Laut China Selatan "ujian keamanan terhadap fungsi ketetnteraan yang mungkin penting dalam apa-apa konflik," kata James Brown, felo ketenteraan di Lowy Institute for International Policy di Sydney, ketika berkata kepada AFP.

    Tentera yang dalam persoalan akan "memerhatikan prestasi sesama mereka dan risau mendedahkan kebolehupayaan mereka terjejas – antara satu sama lain, kepada tahap politik domestik," katanya.

    Beijing juga jelas akhbar berkenaan menyembunyikan mana-mana insiden yang mungkin memalukan pemerintahan Parti Komunis China, dengan menyekat maklumat dengan ketat dan menghalang sebarang usaha mendapatkan pengesahan bebas.

    Pesawat terhempas di China secara tipikalnya dilabel sebagai sangat sensitif oleh pihak berkuasa, dengan wartawan diberikan akses terhad di lokasi kejadian, dan sejak beberapa tahun kebelakagan ini dihalang daripada melaporkannya.

    Kritikan pengguna Internet China semakin meningkat terhadap Xinhua, kerana gagal menghasilkan laporan seperti mana dilakukan media bukan milik China sejak ia dilaporkan hilang.

    "Malaysia dan China hanya mendedahkan birokrasi mereka, dan media kawalan kerajaan hanya menuruti."