Monday, 17 March 2014

Tagged Under:

(InfoSemasa)12 Orang Masih Di Hospital - konsert FMFA

By: Unknown On: 22:44
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)12 Orang Masih Di Hospital - konsert FMFA:

    Dua belas individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert Festival Future Music Asia 2014, masih dirawat dan dilaporkan stabil.

    Tiga lagi iaitu dua warga Singapura telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi warga Taiwan dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kata Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh.

    "Sebanyak 12 orang masih menerima rawatan, termasuk dua orang di HKL, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan sembilan di PPUM.

    "Lapan daripada 12 orang itu merupakan warga Singapura manakala masing-masing seorang warga tempatan, warga Myammar, Iran dan Filipina, katanya hari ini.

    Beliau berkata setakat ini sebanyak 29 orang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah yang membabitkan 14 warga tempatan dan 15 warga asing.

    Daripada jumlah itu, 17 ditahan reman untuk siasatan lanjut.

    Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun. – Bernama

    0 komentar:

    Post a Comment