Monday 17 March 2014

Tagged Under:

(InfoSemasa)Simulator Penerbangan milik Juruterbang MH370 Dipasang Semula !!

By: Unknown On: 18:49
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)Simulator Penerbangan milik Juruterbang MH370 Dipasang Semula !!

    Simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dirampas oleh pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap dipasang semula di balai polis dalam usaha mencari petunjuk kehilangan MH370.

    Kementerian Pengangkutan mengesahkan rampasan simulator tersebut dan ia dipasang semula.

    "Polis melawat rumah juruterbang dan pembantunya pada Sabtu, 15 Mac.

    "Simulator penerbangan diambil dari rumahnya dengan bantuan ahli keluarga. Simulator dipasang semula di ibu pejabat polis," kata kenyataan itu.

    PDRM membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.

    Sabtu lalu, polis mengeledah rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan.

    Polis mengeledah selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan petunjuk baru.

    Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memberitahu pihaknya masih menyiasat daripada semua sudut.

    Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.

    Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

    0 komentar:

    Post a Comment