Saturday, 22 March 2014

Tagged Under:

(InfoSemasa)MH370 tiada khabar, keluarga cuba bunuh diri, kata ahli psikologi

By: Unknown On: 13:09
  • Share The Gag


  • (InfoSemasa)MH370 tiada khabar, keluarga cuba bunuh diri, kata ahli psikologi:

    Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.

    Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.

    Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.

    “Kebanyakan ahli keluarga mula bergantung antara satu sama lain. Sesetengah daripada mereka cuba menerima takdir orang yang mereka sayang tidak akan kembali lagi.

    “Mereka yang lain bergantung kepada khabar angin atau teori konspirasi yang membuat mereka tenang merasakan penumpang masih hidup,” kata ABC News.

    Beliau menggambarkan mereka dalam keadaan emosi memuncak setelah hanya sedikit sahaja maklumat yang diperolehi berhubung pesawat tersebut.

    Serpihan yang ditemui di selatan Lautan Hindi merupakan perkembangan terbaru insiden tersebut yang mengejutkan mereka sehingga ada yang beranggapan pesawat berkenaan terhempas.

    "Warga tua dengan masalah jantung dan asma rebah dan kami terpaksa menghubungi ambulans," katanya.

    Yin bimbang dengan waris warga emas yang mempunyai perancangan membunuh diri.

    "Dalam budaya Cina, apabila seseorang mencapai satu had umur, erti kehidupan berkait rapat dengan cucu yang menjadi kemegahan.

    "Jadi apabila ia diragut, sukar bagi mereka memikirkan maksud kehidupan," katanya.

    Beliau berkata, proses penyembuhan hanya dapat dimulakan apabila misteri kehilangan pesawat itu dapat dirungkai.

    Yin berkata, proses penyembuhan memerlukan emosi yang stabil dan sekarang bukan masanya.

    0 komentar:

    Post a Comment