Tuesday 25 March 2014

Tagged Under:

(InfoSemasa)529 Ikhwanul Muslimin Dijatuhkan Hukuman Mati !!

By: Unknown On: 20:27
  • Share The Gag


  • Ahli keluarga penyokong Mursi yang dijatuhi hukuman mati menangis mengenang nasib yang menimpa mereka.

    (InfoSemasa)529 Ikhwanul Muslimin Dijatuhkan Hukuman Mati !!

    Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi selepas perbicaraan secara massa, kata sumber perundangan.

    Perbicaraan kes itu yang dilihat sebagai tergesa-gesa hanya berlangsung selama dua hari.

    Enam belas suspek yang turut berdepan dengan tuduhan itu dibebaskan.

    “Keputusan itu tidak boleh diterima.

    Ia menggambarkan sistem kehakiman dijadikan alat untuk membalas dendam.

    Penyokong Mursi berdepan dengan tindakan keras untuk menghancurkan sokongan mereka oleh kerajaan yang dibentuk tentera sejak Julai lalu.

    Ratusan penyokong telah dibunuh manakala ribuan lagi ditahan.

    Daripada 529 yang dijatuhi hukuman mati itu, 153 orang berada dalam tahanan manakala selebihnya melarikan diri, jelas sumber.

    Keputusan hukuman mati itu tidak boleh dirayu. (AFP)

    0 komentar:

    Post a Comment